Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

RUU 355: CEO IKSIM...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)...

Seorang Penjual Daging Maut...

JOHOR BAHRU - Seorang penjual daging maut dipercayai ditetak dengan parang oleh seorang...

177 Warga Asing Ditahan...

KUALA LUMPUR - Seramai 177 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan dalam serbuan...

Bank Islam & Bernama...

KUALA LUMPUR - Bank Islam Berhad (Bank Islam) akan menganjurkan kembara harta karun...

PRK Seri Setia: PAS Pergiat Kempen Mulai Isnin

PETALING JAYA – Para pemimpin PAS dijangka membanjiri kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia mulai Isnin ini bagi mempergiat kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan yang kini berbaki dua minggu.

Calon PAS bagi PRK itu, Dr Halimah Ali berkata pihaknya sedang menyusun jadual untuk para pemimpin PAS turun berkempen di kawasan-kawasan yang dilihat bersesuaian.

“Bukan hanya pemimpin PAS, malah ada pemimpin Badan Bukan Kerajaan (NGO) juga secara sukarela telah menyatakan kesediaan untuk turun berkempen, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (bekas Menteri Besar Selangor) juga menyatakan kesudian untuk turun berkempen,” katanya ketika ditemui pemberita di program kenduri rakyat di Desa Mentari di sini hari ini.

Sementara itu ketika mengulas isu calon tempatan yang dimainkan oleh PH, Dr Halimah berkata perkara berkenaan bukanlah penentu menang atau kalah seseorang calon dalam PRK berkenaan.

“Tidak dinafikan calon tempatan memang mempunyai kelebihan tersendiri, tetapi kita harus ingat Menteri Besar Selangor sekarang dan yang sebelum ini bukan calon tempatan tetapi mereka diterima oleh rakyat Selangor, malah saya juga bukan calon tempatan semasa menjadi wakil rakyat di Selat Klang tetapi saya diterima baik oleh masyarakat tempatan,” katanya.

Ketika mengulas kenyataan Pengarah Operasi PRK PH DUN Seri Setia, Yahya Sahri yang mengatakan PAS melakukan kesilapan dengan meletakkan beliau sebagai calon, Dr Halimah berkata pemimpin PAS mempunyai sebab tersendiri apabila membuat keputusan berkenaan.

“Mereka (pemimpin PAS) semestinya telah melakukan pertimbangan sewajarnya, melihat kepada pengalaman dan kerja saya sepanjang menjadi Exco dan Anggota Dewan Undangan Negeri Selat Klang pada dua penggal yang lepas,” katanya.


Dalam PRK 8 Sept ini, Dr Halimah berdepan calon PH, bekas anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya Halimey Abu Bakar dalam pertandingan satu lawan satu.

PRK itu diadakan selepas penyandang kerusi DUN berkenaan, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia pada 2 Ogos lepas akibat kanser usus.

Ia adalah PRK ketiga diadakan di Selangor selepas Sungai Kandis dan Balakong. – BERNAMA

Kategori