Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Saman Dr Mahathir Terhadap...

PETALING JAYA - Tindakan guaman yang difailkan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib...

Jawatankuasa Khas Perinci Pengambilalihan...

KERAJAAN negeri Sabah akan membentuk jawatankuasa khas bagi memperincikan transisi pengambilalihan Sabah Electricity...

Kereta Mewah Didakwa Milik...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak kecewa apabila 27 buah kereta mewah...

FGV Lapor Polis Terhadap...

PETALING JAYA - FGV Holdings Bhd (FGV) membuat laporan polis terhadap bekas presiden...

PRK Seri Setia: PH Digesa Berhenti Permain Emosi Rakyat

PETALING JAYA – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa supaya tidak bermain dengan emosi rakyat sebaliknya harus menunaikan janji-janji yang diberi sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia Dr Halimah Ali berkata setiap bantuan yang dijanjikan perlu ditunaikan kepada rakyat yang memerlukan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai langkah kerajaan untuk mengurangkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara berperingkat sebelum ia dimansuhkan.

“Sebelum PRU14 banyak perkara yang dijanjikan dan sebagainya. Bila dah jadi kerajaan, tiba-tiba (sekarang) berkata sebaliknya dan pelbagai alasan diberikan,” katanya apabila ditemui semasa melakukan tinjauan mesra di Pasar Malam Kampung Lindungan, di sini, hari ini.

“Kalau orang miskin, kenalah bagi zakat, bagi bantuan melalui Jabatan Kebajikan atau apa sahaja saluran seperti yang sepatutnya, setelah melakukan kajian mengikut kes,” katanya.

Sementara itu, bekas Exco kerajaan negeri Selangor itu berkata PAS mengutamakan serta mengutarakan budaya politik matang dan sejahtera demi keperluan rakyat.


“PAS memperjuangkan budaya yang matang dan sejahtera dengan fikiran yang lebih rasional di mana maklumat diberikan lebih tepat serta gambaran yang jelas daripada semua sudut dan bukannya separuh jalan,” katanya.

Pada 8 Sept ini, Dr Halimah yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang berdepan satu lawan satu menentang calon Pakatan Harapan (PH) Halimey Abu Bakar untuk mengisi jawatan sebagai ADUN Seri Setia.

Kekosongan kerusi DUN tersebut berikutan kematian penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin akibat kanser usus pada 2 Ogos lepas. – BERNAMA

Kategori