Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Cadangan Buka Pusat Sehenti...

JOHOR BAHARU - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) merancang mewujudkan pusat...

Pembangunan Modal Insan Penentu...

KUALA LUMPUR - Pembangunan modal insan dalam kalangan siswazah menjadi aset penting kepada...

Pengelakan Cukai Dan Air...

BARU-baru ini viral di media sosial dan juga akhbar-akhbar berbahasa Cina, tentang seorang...

Wanita Mampu Memimpin Pasukan...

KOTA BHARU - Timbalan Penguasa Bomba Zaini Bidin menyifatkan pelantikannya sebagai Ketua Balai...

PRK Sg. Kandis: 19 Pusat Pengundian Dibuka Pukul 8 Pagi

SHAH ALAM – Sebanyak 19 pusat pengundian dengan 109 saluran bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan 51,217 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Pusat pengundian yang melibatkan 18 buah sekolah dan sebuah dewan orang ramai akan ditutup pada pukul 5.30 petang.

Tiada pengundi awal bagi PRK DUN Sungai Kandis.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan 80 peratus pemilih keluar mengundi pada PRK itu dan keputusan dijangka diumumkan pada pukul 10 malam.

Proses penjumlahan undi akan dilakukan di Dewan Besar Tanjung, Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 19 di sini, sebaik sahaja proses pengundian tamat pada pukul 5.30 petang ini.
​​​​
PRK DUN Sungai Kandis menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas K. Murthy.


PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi tersebut, Mat Shuhaimi Shafiei daripada PKR, pada 2 Julai lepas akibat kanser limfoma.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Shuhaimi yang mewakili PKR mempertahankan kerusi DUN Sungai Kandis (dahulu Sri Muda) bagi penggal ketiga berturut-turut dengan majoriti 12,480 undi dalam pertandingan empat penjuru menentang calon BN, PAS dan Parti Rakyat Malaysia (PRM). – BERNAMA

Kategori