Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PICK Buka Laluan Untuk...

KUALA LUMPUR - Buat tahun kedua berturut-turut sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia...

Anwar Ucap Tahniah Anak...

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Paetongtarn Shinawatra atas pemilihannya sebagai Perdana...

Jihan Dan Bell Buat...

HAMIL bukanlah halangan bagi pengacara dan pelawak Jihan Muse untuk terus 'beraksi' bersama...

Pos Malaysia Keluar Siri...

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan siri setem istimewa...

Produk Tenusu Keluaran Keningau Diterima Baik Pasaran China

KENINGAU – Konsul Jeneral China di Sabah Liang Caide H. E berkata, produk tenusu yang dihasilkan di Keningau, Sabah seperti susu segar sangat berkualiti dan diterima dalam pasaran negara-negara global seperti China.

Malah buah-buahan seperti durian Musang King dan nanas yang dihasilkan oleh ladang Yap Yun Fook Resources di Keningau diiktiraf sangat berkualiti, katanya.

“Kerajaan saya (China) juga mengakui sarang burung walid yang dihasilkan di sini diterima di negara saya (China),” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas melakukan lawatan khusus ke ladang itu di sini, hari ini.

Liang berkata, pihaknya sedang memikirkan mekanisme bagi memudahkan produk dari Sabah seperti durian, nanas dan yang lain dapat memasuki pasaran China tanpa masalah.

Katanya, pewujudan sebuah pusat kuarantin buah-buahan di Sabah antara satu kepentingan yang sedang difikirkan oleh kerajaan itu sebagai kemudahan kepada pemain industri untuk membawa produk mereka ke China.

“Soal memasarkan produk ke China bukan masalah rumit kerana China dan Malaysia mempunyai hubungan sedia ada yang sangat baik.

“Perdana Menteri Malaysia pun sudah ke China untuk memperkenalkan produk seperti durian Musang King dan produk lain .. masalah pasaran ke China bukan satu masalah yang sangat besar,” katanya.


Ditanya mengenai pandangan dan dapatannya sepanjang melawat Ladang Yap Yun Fook Resources, Liang berkata, beliau sebenarnya sangat teruja dan terkejut kerana wujudnya sebuah ladang dan kilang yang sangat moden dan bertaraf dunia di kawasan terpencil seperti Keningau.

“Terus terang, saya pernah minum susu berjenama ‘Eco Yap’ yang dibeli di sebuah kedai dan meminumnya di tengah malam kerana lapar.

“Saya kenyang dan selesa selepas meminumnya, dan hari ini saya berdiri di ladang yang mengeluarkan susu itu.

“Sebelum ini, saya tidak pernah pun mengenali pemiliknya yang bernama Datuk Yap Yun Fook dan saya tidak termimpi pun untuk berjumpa dengannya .. ini satu pujian bahawa susu ini (Eco Yap) adalah produk bertaraf global .. tahniah,” katanya. – BERNAMA

Kategori