Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Wanita ‘Melepas’ Di Stesen...

KETIKA heboh diperkatakan mengenai insiden seorang wanita membuang air besar di Stesen MRT...

Dijel Ceroboh Masuk Rumah...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dipenjara sebulan dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret...

Mahkamah Benar Hampir RM600,000...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan kerajaan untuk melucutkan...

“Semua Kata Itu Suara...

IPOH - Exco kerajaan negeri, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, beliau tidak tahu...

Promosi Makanan Guna Bahan Berbahaya Satu Kesalahan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) melarang penggunaan bahan berbahaya seperti bahan peluntur dan racun dalam demonstrasi produk makanan dan boleh dikenakan tindakan.

Merujuk kepada demonstrasi meminum kopi pracampur Green 35 yang ditambah bahan peluntur yang tular di media sosial, KKM dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya memandang serius isu itu dan tindakan penguatkuasaan sedang diambil ke atas pihak terbabit.

Mereka yang didapati mengiklankan produk makanan bagi tujuan jualan untuk memperdaya pembeli boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 17, Akta Makanan 1983 yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, katanya.

Kopi pracampur Green 35 yang didakwa antiracun dan boleh mengubati pelbagai penyakit, tular di media sosial apabila seorang lelaki melakukan demonstrasi mencampur bahan peluntur ke dalam kopi itu sebelum diminum sebagai bukti keberkesanannya.

Bagaimanapun, KKM berkata terdapat juga laporan yang mengatakan individu itu mengalami sesak nafas dan dikejarkan ke hospital selepas beberapa jam meminum kopi berkenaan yang dicampur cecair peluntur.

KKM mendapati maklumat pengilang yang dinyatakan pada label produk tersebut adalah palsu di samping tidak mematuhi keperluan pelabelan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.


Katanya pengilang juga menyalahgunakan logo sistem jaminan keselamatan makanan yang dikeluarkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 16, Akta Makanan 1983.

Dalam pada itu, KKM menasihatkan pengguna supaya tidak meminum apa-apa bahan yang boleh memudaratkan kesihatan.

Bagi sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi pejabat kesihatan daerah atau jabatan kesihatan negeri terdekat, atau hubungi KKM melalui laman sesawang moh.spab.gov.my atau facebook BKKM di www.facebook.com/bkkmhq. – BERNAMA

Kategori