Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Sumbang RM5 Juta...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyumbang RM5 juta kepada Program Takaful CuepacsCare tahun...

Mira Filzah Perjelas Gambar...

KECOH sekeping gambar milik Mira Filzah yang menunjukkan dia sedang bergambar dengan objek replika...

Bekas Speaker Indonesia Jual...

JAKARTA - Bekas speaker Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia, Setya Novanto dilaporkan terpaksa...

Pengembara Dari Indonesia, Mesir,...

SERAMAI 106,793 pengembara tiba di Malaysia dengan 904 kes dikesan positif Covid-19 (kadar...

Pukat Tunda: 8 Bot Ditahan Di Perairan Pantai Barat

ISKANDAR PUTERI – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini diberitahu pihak berkuasa menahan lapan bot pada tahun lepas dan tahun ini berhubung kegiatan pukat tunda di kawasan tidak dibenarkan di perairan pantai barat negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri Dr Sahruddin Jamal berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima bot antara Mac dan Disember tahun lepas manakala Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan tiga bot antara Januari dan Jun tahun ini di perairan Pontian hingga Muar.

“Kegiatan pukat tunda menjejaskan sumber perikanan terutamanya anak-anak ikan. Kawasan tangkapan pukat tunda di perairan barat Johor amat sempit dan bersempadanan dengan negara jiran, Indonesia.

“Kegiatan pukat tunda ini sering menceroboh kawasan tangkapan nelayan tradisional iaitu kawasan kurang lima batu nautika dari pantai untuk mendapatkan hasil lumayan,” katanya pada persidangan DUN Johor di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Ir Khairuddin A. Rahim (PH-Senggarang) berkenaan tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah pukat tunda berikutan ia menjejaskan pendapatan nelayan tradisional.

Sahruddin berkata sebanyak 136 lesen pukat tunda dikeluarkan bagi menjalankan kegiatan itu di perairan pantai barat Johor yang membabitkan 87 lesen di Pontian manakala 49 di Batu Pahat.


Beliau berkata rentetan permasalahan pukat tunda yang dihadapi di seluruh negara, Jabatan Perikanan telah mengeluarkan pekeliling dasar perikanan pada 28 Dis 2015 iaitu Pekeliling Pelesenan Bil 4/2015 (Pelaksanaan Dasar Penghapusan Pukat Tunda) yang beroperasi di zon B bermula 1 Jan 2016 secara berperingkat melalui kaedah kawalan.

“Kaedah kawalan yang dimaksudkan termasuk bagi kesalahan menunda di bawah lima batu nautika, maka lesen akan digantung setahun dan sebarang pindah milik lesen serta bot juga adalah dilarang,” katanya. – BERNAMA

Kategori