Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

9 Penagih Dadah Ditahan...

KEPALA BATAS - Polis menahan sembilan lelaki yang merupakan penagih dadah di lokasi...

Gengster Di Sarawak Tiada...

MIRI - Polis mengenal pasti Sibu sebagai lokasi utama kegiatan gengster di Sarawak...

Tiada PRK Bagi Kerusi...

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa tiada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

23 Keluarga Di PPRT...

KUALA NERUS - Sebanyak 23 keluarga di Kampung Lembah Harapan Seberang Takir yang...

Pulau Besar Bebas Cukai Tidak Lama Lagi

AYER KEROH – Kerajaan Melaka akan menjenamakan semula Pulau Besar di sini, termasuk memohon status penuh sebagai pulau pelancongan bebas cukai untuk menjadikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

Ketua Menteri, Adly Zahari, berkata langkah itu diyakini mampu mengubah persepsi dan reputasi pulau terbabit daripada terus dikaitkan dengan perkara seperti khurafat dan keramat.

“Kerajaan negeri berhasrat membangunkan Pulau Besar sebagai destinasi pulau pelancongan terkemuka seperti Pulau Langkawi dan ia (pembangunan) tidak akan berlaku dalam sekelip mata seperti pulau di negeri Kedah itu.

“Bagi status pulau bebas cukai, Pulau Besar sudah diberi hak (bebas cukai) yang agak konvensional sebelum ini iaitu bagi penjualan minuman keras dan rokok. Jadi, kita mahu ia diperluaskan lagi, termasuk produk berasaskan barangan elektrik, coklat, pinggan mangkuk dan kosmetik,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Seri Negeri, di sini, hari ini.

Adly juga mahu Pulau Besar mempunyai produknya tersendiri untuk ditawarkan, termasuk sebagai hab produk berasaskan coklat susulan kedudukan negara ini sebagai antara negara pengeluar koko.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan sebarang bentuk pelaburan baharu, termasuk bagi pembangunan industri koko di pulau berkenaan.


“Kita akan mengadakan perbincangan dalam tempoh terdekat dengan tokoh korporat, Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah yang mempunyai kira-kira 85 peratus kepentingan pembangunan dan tanah di pulau itu, selain ia turut dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM).

“Ia bagi membincangkan status tanah serta pelan pembangunan yang boleh dibuat di pulau berkenaan,”katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga berhasrat mewartakan kawasan saluran paip di pulau itu sebagai kawasan larangan menangkap ikan susulan masalah kerosakan dan kebocoran saluran paip yang terpaksa ditanggung Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB). – BH Online

Kategori