Friday, January 31, 2025

Creating liberating content

Lebih 100 Bank Di...

WASHINGTON - Serangan siber sofistikated global menyasarkan lebih 100 bank di 30 negara,...

Banjir Sebabkan Kerugian Keseluruhan...

KUALA LUMPUR: Negara kerugian RM6.1 bilion disebabkan banjir pada tahun lalu dan awal...

Nak Kurus Cepat, Jom...

KECANTIKAN dan tubuh badan langsing aktres Korea Selatan sememangnya dikagumi peminat setia mereka. Sebagai...

Sufi AF Tak Kisah...

SEJAK Sufi dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia (AF) 2015, ada macam-macam suara sumbang...

Pulau Lombok Kembali Bergegar

MATARAM, Indonesia – Satu gempa susulan menggegarkan Pulau Lombok hari ini sekali gus mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai selepas kejadian gempa bumi kuat berlaku kira-kira empat hari lalu.

Gempa terbaharu berukuran 5.9 skala Ritcher itu melanda kawasan arah barat laut pulau pelancongan itu, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

“Gegaran terasa kuat. Terdapat sebanyak 355 gempa susulan selepas bencana gempa bumi pada Ahad lalu,” menurut jurucakap agensi pengurusan bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho.

“Sekumpulan orang yang dipindahkan ke sebuah pusat pelindungan di daerah Tanjung, Pulau Lombok dilihat melarikan diri ke jalan-jalan raya sambil menjerit,” menurut seorang wartawan agensi AFP di lokasi kejadian.

Pada Ahad lalu, satu kejadian gempa bumi sekuat 6.9 skala Ritcher melanda Pulau Lombok mengorbankan seramai 164 nyawa manakala 1,400 lagi mangsa disahkan cedera parah.


Lebih 150,000 penduduk hilang tempat tinggal.

“Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami,” kata jurucakap Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG), Hary Tirto Djatmiko. – AFP/KOSMO ONLINE

Kategori