MALAYSIA baharu yang disebut-sebut lahir selepas 9 Mei ini telah menonjolkan macam-macam penyelewengan akhlak dan agama.
Terbaru di Pulau Pinang, sebuah pesta dikenali George Town Festival diadakan sepanjang bulan Ogos ini hingga awal September.
Festival tahunan ini akan menjadi program yang diadakan selari dengan bulan kemerdekaan, dan akan mengadakan sambutan merdeka mereka sendiri.
Sambutan merdeka mereka tentulah mengangkat versi alternatif sejarah, seperti mempromosi komunis.
Dikatakan pesta ini meraikan kebudayaan dan warisan George Town, Pulau Pinang di samping budaya tempatan yang lain.
Tetapi ia sudah jadi acara besar-besaran mempromosi agenda liberal puak Pakatan Harapan yang dikuasai DAP.
Termasuk yang dipromosikan ialah budaya songsang LGBT, dengan tokoh-tokoh mereka terpampang mempromosikan kegiatan mereka.
Acara disokong kerajaan negeri Pulau Pinang ini mengiktiraf golongan LGBT ini melalui festival yang menjadi program pelancongan negeri ini.
Nama-nama seperti Siti Kasim yang bekerja keras memperjuangkan ajaran pelik, Nisha Ayub yang mendapat anugerah dari kerajaan Amerika Syarikat, Pang Khee Teik penggerak program LGBT Seksualiti Merdeka dan aktif dalam menuntut hak LGBT antara yang ditonjolkan.
Jelas bahawa ini hanya boleh berlaku di bawah pemerintahan PH yang menyebar ajaran liberal kepada masyarakat.
Kalau dulu mereka masih menyorok menjalankan program, bawah “Malaysia baharu” mereka boleh mengadakan program terbuka yang disokong kerajaan negeri. – MYNEWSHUB.TV