Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Azizulhasni, Jun Hoong Ungguli...

JAGUH berbasikal negara, Mohd. Azizulhasni Awang dan ratu terjun, Cheong Jun Hoong dinobatkan...

“Tak Suka Tengok Hijjaz,...

KUMPULAN nasyid otai Hijjaz nampaknya masih belum hilang taring apabila saban minggu mempamerkan...

12,771 Warga Emas, Orang...

DENGKIL - Sebanyak 12,771 warga emas dan Orang Asli menerima lesen motosikal kelas...

Kem Pemerdagangan Di Wang...

ALOR SETAR - Kem-kem transit yang ditemui pihak berkuasa Malaysia di kawasan hutan...

Punca Awal Kematian Anak Gajah Dijumpai Terapung Diketahui

SANDAKAN – Hasil bedah siasat awal bangkai anak gajah yang ditemukan terapung di Sungai Kinabatangan pada Isnin menunjukkan haiwan itu maut kerana ulser gastiritis (luka pada bahagian dalam perut) yang dialami sehingga menyebabkan sistem gastroususnya kehilangan banyak darah.

Pegawai Perhubungan Jabatan Hidupan Liar Sabah Siti Nur’ain Ampuan Acheh berkata punca ulser gastritis itu mungkin diperoleh haiwan itu menerusi jangkitan atau bukan jangkitan.

Beliau berkata sampel organ dalaman penting anak gajah itu telah diambil untuk analisis toksikologi dan bakteriologi.

“Pengesahan punca kematian anak gajah itu sepenuhnya hanya akan diperoleh sebaik sahaja keputusan ujian sampel tersebut diterima,” katanya.

Beliau berkata bedah siasat terhadap anak gajah yang dianggarkan berusia antara dua hingga tiga tahun yang ditemukan terapung berhampiran Hutan Simpan Pangi pada 13 Ogos lepas itu dilakukan oleh pegawai veterinar daripada Jabatan Hidupan Liar Sabah.

Siti Nur’ain Ampuan berkata pemeriksaan fizikal tidak menemukan sebarang kecederaan luar pada badan haiwan itu.

Sementara itu, beliau berkata seekor gajah jantan berusia antara tujuh hingga Sembilan tahun telah diselamatkan, setelah ditemui cedera akibat terkena perangkap di Taliwas, Lahad Datu.


Katanya pada Selasa, Unit Penyelamat Hidupan Liar jabatan itu telah menangkap haiwan tersebut yang didapati mengalami luka yang sudah berulat sedalam dua inci pada kakinya.

“Kebanyakan kawasan luka itu telah menunjukkan tanda sembuh, namun ia masih perlu dirawat. Rawatan biasa telah diberi dan pihak pengurusan yang menjaga gajah itu akan meneruskan rawatan yang perlu,” katanya.

Siti Nur’ain berkata keadaan gajah itu akan terus dipantau hingga ia pulih sepenuhnya.

Haiwan itu akan dipindahkan ke Sanktuari Gajah Borneo untuk rawatan lanjut dan pemantauan, katanya. – BERNAMA

Kategori