Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Video Viral, Keluarga Sambut...

BAGI mereka yang meraikan Hari Natal sudah semestinya kad sambutan, makan malam bersama...

MAHA 2022 Bakal Tarik...

KUALA LUMPUR : Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang...

Guru Besar Ditahan Minta...

JOHOR BAHRU : Guru besar sebuah sekolah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Lelaki Pecah Patung Kuil...

IPOH - Lelaki yang memecahkan patung di sebuah kuil di Jalan Hospital di...

Rakyat Mesti Terus Pantau Menteri Pakatan Harapan

PRESTASI menteri-menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) mesti terus dipantau, dan rakyat mesti terus memberikan kritikan dan pandangan.

PH menjadi kerajaan dengan kempen membanteras korupsi dan membina semula negara, satu misi yang hebat dan mulia.

Tetapi kempen banteras korupsi ini hakikatnya sesuatu yang mudah disebut dalam politik, lebih-lebih lagi semasa tidak menjadi kerajaan.

Apabila disebut mahu melawan korupsi, seolah-oleh pihak tersebut terus menjadi suci dan pihak lawan dianggap korup dan wajib disingkir.

Akhirnya apabila menang, dianggap kerajaan yang bersih sudah berjaya dan dianggap kerajaan itu sebagai kerajaan bersih.

Maka imej ini yang dijaja dan dipertahankan oleh penyokong, sehingga sebarang kritikan dianggap berniat tidak baik.

Dari sinilah timbulnya alasan seperti “sekurang-kurangnya kerajaan yang korup sudah dijatuhkan.”


Ini amat merosakkan kerana mereka yakni kerajaan PH bergantung pada sentimen ini dan dipergunakan sepenuhnya.

Kemudian, apa sahaja kesilapan boleh ditutup dengan “sekurang-kurangnya mereka lebih baik dari dulu.”

Ini kayu ukur yang sangat rendah, sedangkan jika dibandingkan semudah itu, mana-mana pihak yang bertanding hanya perlu berkempen dan berjanji melawan korupsi.

Kerajaan PH makin menghampiri tempoh 100 hari memerintah, dan mesti diukut dengan kayu ukur sebenar sebuah kerajaan.

Tempoh bulan madu sudah lama tamat dan kerajaan mesti diukur berdasarkan prestasi dan bukan janji-janji manis. – Mynewshub.tv

Kategori