Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hak Asasi Malaysia Perlu...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menerima lebih 800 aduan berhubung...

Letupan Di Kabul, Kali...

KABUL: SATU lagi kejadian letupan telah menggegarkan ibu kota Afghanistan pada Selasa yang...

Hina La… Caci La…...

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang juga Presiden PPBM dalam ucapan beliau "mengisytiharkan" sejarah...

Pendakwa Raya Mohon Shakira...

ANKARA - Pendakwa raya Sepanyol pada Sabtu akan memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara...

Rampasan Ketum: Warga Thailand Tembak Pos PGA

KANGAR – Seorang lelaki warga Thailand yang dipercayai berang kerana gagal berunding untuk mendapatkan semula rampasan daun ketum bertindak melepaskan sembilan das tembakan ke arah Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) Padang Besar dekat sini, tiga hari lepas.

Ketua Polis Perlis Datuk Azisman Alias berkata akibat kejadian pada 1.40 tengah hari Rabu itu, seorang anggota PGA cedera ringan selepas terkena serpihan tingkap yang pecah ditembak suspek.

“Sebelum kejadian, pada 11 pagi, sepasukan pegawai dan anggota Risik PGA merampas 12 guni daun ketum di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar, namun dua suspek berkenaan melarikan diri ke negara jiran.

“Kemudian datang seorang lelaki Thailand mahu berunding dan meminta barang tersebut dikembalikan kepada rakannya (dua suspek yang melarikan diri) tetapi pegawai dan anggota PGA enggan berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata suspek kemudiannya pergi ke Pos PGA Padang Besar dan memanggil seorang anggota sebelum bertindak mengacukan dua pucuk pistol ke arah penguat kuasa undang-undang berkenaan.

“Anggota tersebut melarikan diri dan mendapatkan perlindungan sambil berteriak meminta rakan-rakannya yang lain juga berbuat demikian, sebelum suspek melepaskan sembilan tembakan,” katanya.


Azisman berkata usaha sedang giat dijalankan untuk mengesan suspek dengan bantuan polis Thailand.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (cubaan membunuh) dan Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960. – BERNAMA

Kategori