Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Rakyat Malaysia Dipelawa Beri...

PETALING JAYA - Para juri telah bersedia memilih nama untuk anak panda dan...

Malaysia Akan Wujud Pusat...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan mewujudkan Pusat Serantau Digital Memerangi Mesej Melalui Komunikasi...

Kelindan Lori Peralatan Muzik...

SEREMBAN - Kelindan sebuah lori yang membawa peralatan muzik maut apabila lorinya bertembung...

Rakyat Kedah Berpesta Terima...

ALOR SETAR - Suasana di Kampung Seberang Kota di Kuala Kedah, kira-kira 12km...

Rayuan Isteri Pengurus Bank Yang Dibunuh Didengar 18 Okt

KUCHING – Mahkamah Rayuan di sini hari ini menangguhkan sehingga 18 Okt untuk mendengar rayuan yang difailkan Ling Hang Tsyr, isteri pengurus bank yang mati dibunuh, Wong Jing Kui, yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas dia didapati bersalah bersubahat dalam pembunuhan suaminya itu, enam tahun lepas.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim yang mengetuai panel tiga hakim menangguhkan pendengaran rayuan itu berikutan keputusan seorang daripada anggota panel, Ravinthan N.Paramaguru., untuk mengundurkan diri daripada kes rayuan itu.

Seorang lagi hakim ialah Harmindar Singh Dhaliwal.

“Kami bersedia dan kami percaya timbalan pendakwa raya juga bersedia tetapi kami tidak boleh berbuat apa-apa disebabkan Hakim Ravinthran turut terlibat dalam kes penjagaan anak perayu dan beliau mahu mengundurkan diri daripada mendengar kes rayuan ini,” kata peguam Roger Chin, yang mewakili perayu Ling Hang Tsyr, kepada pemberita di luar mahkamah.

Dua lagi peguam bagi perayu ialah Lim Heng Choo dan Steven Chia Sia.​​​​​​


​​​​​​​Pada 17 Okt tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Sibu Datuk Norcahaya Arshad menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap Ling selepas mendapatinya bersalah.

Wanita itu, yang ditahan di Penjara Kuching sementara menunggu rayuannya didengar, didakwa bersama-sama individu Andrew Tiong King Guan mengikut Seksyen 109 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan. – BERNAMA

Kategori