Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

455,839 Calon Duduki SPM...

KUALA LUMPUR - Seramai 455,839 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...

Siapa Yang Kutuk Dan...

TERNYATA pelakon Hanez Suraya masih belum mampu memperolehi 'ketenangan' sejak terjebak dengan cinta...

Pakej PRIHATIN Tambahan Tepat,...

SEREMBAN - Pakej PRIHATIN Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tambahan berjumlah RM10 bilion...

Pengakuan Ikhlas Gay Yang...

APA rasanya bercinta dengan kaum sejenis? Apakah rasanya sama seperti percintaan normal di...

Regu Negara ‘Berpeluh’ Benam Korea

PALEMBANG – Malaysia hampir dikejutkan regu Korea Selatan yang memberi saingan sengit pada perlawanan peringkat kumpulan acara sepak takraw antara regu Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, hari ini.

Dalam perlawananyang berlangsung di Ranau Hall, Bandar Sukan Jakabaring, Palembang itu Malaysia berhempas pulas sebelum mencatat kemenangan 2-0.

Set pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling kejar-mengejar mata dan pada suatu ketika Malaysia ketinggalan 12-17.

Tindakan pantas ketua jurulatih Abdul Talib Ahmad mengeluarkan tekong utama, Muhammad Syahir Mohd Rosdi dan menggantikannya dengan Muhammad Zulkifli Abd Razak nyata membuahkan hasil apabila regu negara bangkit mencatat kemenangan 23-21.

Set kedua pula menyaksikan regu negara diketuai Farhan Adam itu mula mendapat rentak dan tidak menoleh ke kebelakang lagi bagi menamatkan perlawanan dengan 21-15, iaitu kemenangan kali ketiga berturut-turut pasukan negara dalam perlawanan peringkat kumpulan.

Sementara itu, Muhammad Zulkifli berkata tiada magis yang dilakukan sebaliknya ia hasil kerjasama rakan sepasukan yang tidak berputus asa untuk menewaskan Korea Selatan.

ā€œApabila disuruh masuk oleh jurulatih, saya terus beraksi seperti biasa dan berjaya mengutip mata demi mata,ā€ katanya.

Abdul Talib pula membuat keputusan pantas sebaik melihat aksi tekong utama negara yang mengalami sedikit penurunan prestasi.


ā€œSelepas melihat cara permainan pasukan Korea Selatan, yang lebih banyak mengamalkan corak bertahan, saya mengeluarkan Muhammad Syahir dan memasukkan Muhammad Zulkifli atas sebab taktikal,ā€ katanya.

ā€œMuhammad Syahir merupakan seorang tekong yang menyerang dan apabila tidak mampu memberikan mata untuk negara, dia berasa sedikit tertekan,ā€ katanya.

Terdahulu, Malaysia menewaskan India 2-0 pada perlawanan sebelah pagi dan semalam, skuad negara turut mencatat kemenangan selesa mengatasi Nepal juga dengan 2-0, sekali gus melayakkan diri ke peringkat separuh akhir walaupun berbaki satu lagi perlawanan menentang China esok.

Malaysia berada dalam Kumpulan B bersama Korea Selatan, China, India dan Nepal.

Pasukan tuan rumah, Indonesia pula berada dalam Kumpulan A bersama Singapura, Filipina dan Pakistan.

Acara itu menjadi sasaran kontinjen Malaysia untuk menuai emas seterusnya mencapai sasaran kutipan tujuh pingat emas seperti yang dilaungkan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum ini. – BERNAMA

Kategori