Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Covid-19: UTHM Pagoh Ditutup...

JOHOR BAHRU - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengumumkan penutupan seluruh premis...

Bekas Bendahari Dewan Pemuda...

KUALA LUMPUR - Bekas Bendahari Dewan Pemuda PAS Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar mengaku...

Aliff Syukri Akui Salah,...

USAHAWAN, Datuk Seri Aliff Syukri dilaporkan mengakui salah kerana menggunakan cukai jalan kenderaan...

Peguam Pemerhati Mahu Prosiding...

SEREMBAN : Kumpulan peguam pemerhati kepada Bella, berharap agar keseluruhan proses dan prosiding...

Rejim Zionis Tutup Lintasan Gaza

BAITULMUQADDIS – Israel menutup lintasan tunggal dengan penduduk Palestin di Genting Gaza semalam melainkan untuk kes kemanusiaan selepas pertempuran berlaku di kawasan sempadan.

Langkah itu boleh mengakibatkan warga Gaza tidak dapat me­lakukan perjalanan melalui lintasan tersebut pada cuti Hari Raya Aidil­adha yang bermula hari ini hingga Khamis ini.

Pegawai-pegawai Israel tidak menyebut berapa lama penutupan itu akan dibuat.

Menteri Pertahanan Rejim ­Zionis, Avigdor Lieberman ber­kata dalam satu kenyataan bahawa penutupan itu dibuat berikutan insiden ganas yang berlaku di sempadan Gaza-Israel pada Jumaat lalu.

Tunjuk perasaan dan pertempuran di kawasan sempadan pada hari berkenaan menyaksikan dua penduduk Palestin maut akibat ditembak oleh tentera Israel.

Tentera Israel berkata, bom api dan bahan letupan buatan sendiri juga dilontarkan ke arah pagar sempadan, manakala sebila­ngan penduduk Palestin bertindak menceroboh masuk ke wilayah Israel untuk seketika.

Pintu lintasan manusia itu ditutup­ di sebalik percubaan oleh Mesir dan pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mencapai gencatan senjata jangka panjang antara Israel dan Hamas, pergerakan Islam yang mentadbir Genting Gaza.


Pejabat Hal Ehwal Penduduk Awam Pihak berkuasa Palestin di Gaza turut mengesahkan penutupan tersebut. Pintu lintasan itu hanya dibuka untuk kes perubatan dan penduduk Palestin yang mahu pulang ke Gaza.

Israel menguatkuasakan kepu­ngan darat, laut dan udara ke atas Genting Gaza selama lebih satu dekad tetapi memberi kebenaran kepada sebilangan penduduk untuk menyeberang keluar atas pelbagai alasan.

Israel dan Hamas berperang sebanyak tiga kali sejak tahun 2008. Satu-satunya pintu sempadan Gaza yang lain adalah dengan Mesir. – AFP/KOSMO ONLINE

Kategori