Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Inovasi Benih Padi IS21...

SEKINCHAN: Benih padi jenis IS21 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail...

KL2017: Myanmar Gah Tempah...

SHAH ALAM – Myanmar menjadi pasukan pertama menempah slot ke separuh akhir acara...

Sekolah Ditutup Jika IPU...

GEORGE TOWN: Sekolah-sekolah boleh ditutup sekiranya situasi jerebu semakin teruk di kawasan masing-masing...

Gadis Tak Boleh Makan,...

LONDON - Seorang remaja mungkin tidak boleh lagi menikmati makanan dan minuman untuk...

Remaja 18 Tahun Ajak Fasha Sandha Kahwin

PELAKON Fasha Sandha pada Jumaat berkongsi komen seorang pengikutnya yang secara terbuka meluahkan hasrat untuk menjadikan dia sebagai isteri.

Tidak mengambil serius mengenai komen itu, Fasha sebaliknya berterima kasih kepada remaja berusia 18 tahun itu kerana mempunyai keinginan untuk berkahwin dengannya.

“Pagi-pagi Jumaat budak 18 tahun dah ajak saya kahwin… Haih.

“Apa pun terima kasih sebab ada keinginan nak kahwin dengan kakak yang dah tak berapa muda ni dik oiii,” tulisnya di Instagram.

Fasha membalas komen seorang remaja yang meluahkan hasrat untuk berkahwin dengannya.

Dalam pada itu, Fasha yang membalas komen remaja itu menasihati agar dia belajar terlebih dahulu dan membantu keluarga sebelum berfikir tentang perkahwinan.


“Adik… baru 18, jangan la ajak kakak kahwin. Belajar dulu OK. Tolong keluarga awak dahulu,” katanya.

Fasha kini sedang berkawan rapat dengan aktor Aidil Aziz dan pelakon itu memberitahu mereka sudah bertemu keluarga kedua-dua belah pihak.

Aktres itu memberitahu mereka berkawan baik sejak Aidil, 31, bergandingan dengannya untuk sitkom Mamu Mami Gosip pada awal tahun ini. – mStar Online

Kategori