Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Mansuh Hukuman Mati Mandatori...

KUALA LUMPUR - Cadangan pemansuhan hukuman mati mandatori memerlukan penelitian dari segenap aspek...

Al-Quran Laris Sejak Serangan...

  PARIS – Jualan al-Quran dan buku mengenai agama Islam meningkat secara mendadak sejak...

12 Didenda Kutip Sampah...

SEMPORNA - Padah membuang sampah sesuka hati, seramai 12 individu didenda melakukan kerja...

Fosil Gigi Di China...

ZUNYI - Beberapa batang gigi berusia kira-kira 200,000 tahun yang ditemui di Gua...

Remaja Ditemukan Lemas Di Pantai Telok Kalong, 2 Masih Dicari

KEMAMAN – Seorang daripada tiga sahabat berusia 19 tahun yang hanyut dibawa ombak besar ketika mandi bersama empat lagi rakan mereka di pantai Telok Kalong, di sini petang semalam ditemukan lemas 4.30 pagi tadi.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Mohamed Zulkhairul Mohamed Razilah berkata mayat Shahir Aqil Shahrun, dijumpai pada jarak 500 meter dari pusat kawalan bomba di pesisir pantai.

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis setelah pengecaman dibuat anggota keluarga untuk tindakan seterusnya,” katanya menerusi kenyataan awal pagi ini.

Hingga kini operasi mencari dan menyelamat dua lagi mangsa yang turut dikhuatiri lemas iaitu Khairil Ikmal Danial Zamzuradi dan Ahmad Daniel Firdaus Zubir, masih diteruskan.

Ketiga-tiga remaja terbabit bersama rakan mereka ke pantai tersebut untuk mandi bersama kira-kira 6 petang semalam, namun tiba-tiba ombak besar berlaku sehingga mereka gagal berenang ke pantai sebelum dibawa arus deras.

Katanya maklumat awal mendapati Shahir Aqil Shahrun adalah atlet silat Terengganu bagi temasya Sukan Malaysia (Sukma). – BERNAMA

Kategori