Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Polis Sedia Bantu JIM...

Kuala Lumpur : Polis Kuala Lumpur bersedia membantu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesan...

UMNO Mesyuarat Esok Bincang...

KUALA LUMPUR - UMNO akan bermesyuarat pagi esok bagi membincangkan pertindihan tarikh Pilihan...

Kes Pukul Bongkar Tanam...

GOMBAK - Seorang ibu tergamak menggugurkan kandungan berusia lima bulan dan menanam janin...

Operasi Tembak Gagak Di...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengadakan operasi menembak burung...

Remaja Rompak Budak Jual Lemonade

DALAM satu insiden yang mengejutkan masyarakat setempat dan seluruh Amerika Syarikat, seorang remaja melakukan rompakan bersenjata terhadap seorang kanak-kanak penjual minuman lemonade.

Pihak polis Carolina Utara sedang mencari seorang remaja yang didakwa merompak seorang kanak-kanak sembilan tahun yang sedang menjual lemonade di gerainya.

Penyiasat berkata perompak bersenjata itu mengacukan sepucuk pistol pada perut kanak-kanak terbabit dan melarikan diri dengan hasil rompakan sebanyak AS$17 pada petang Sabtu lalu.

Kanak-kanak itu bagaimanapun kembali menjual lemonade keesokan harinya, dan memperolehi AS$250 yang akan digunakan untuk perniagaan landskapnya.

Menurut penduduk setempat, kanak-kanak itu mengusahakan sebuah gerai lemonade organik yang dikenali, dan beliau juga menjalankan perniagaan landskap dan memotong rumput di kawasan kejiranannya.

“Saya tidak sangka langsung dia akan dirompak semasa menjual lemonade,” kata bapanya Philip Smith.

Wang yang dikumpul daripada jualan lemonade selepas rompakan tersebut akan digunakan untuk membeli sebuah mesin pemotong rumput yang boleh dipandu, kata bapanya.


Menurut pihak polis, remaja yang merompak itu mengenakan pakaian hitam dan topi celoreng semasa melakukan rompakan, dan mungkin telah mencampakkan basikalnya di belukar semasa melarikan diri.

Polis kemudian menemukan satu laluan di dalam belukar dan selaras senjata mainan yang dipercayai digunakan dalam rompakan dan sebuah kotak simpanan wang.

“Saya tidak pernah dengar tentang rompakan gerai lemonade,” kata Tony Underwood dari pejabat sherif.

Katanya, walaupun penjenayah mampu melakukan pelbagai perkara, memang sesuatu yang baharu apabila ada yang sanggup merompak gerai lemonade.

Menurut Smith, anaknya akan terus menjual lemonade tetapi beberapa langkah keselamatan akan diambil. – BBC

Kategori