Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Subsidi Bersasar Ganti Sistem...

PUTRAJAYA : Kerajaan bakal menggunakan kaedah pemberian subsidi secara bersasar bagi menggantikan sistem...

Permaisuri Johor Ziarahi Keluarga...

JOHOR BAHRU - Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berkenan...

Hukuman Sebat Terbuka Sudah...

KOTA KINABALU - Hukuman rotan secara terbuka di khalayak ramai sebenarnya bukan menjadi...

Sesi Libat Urus Bincang...

KUALA LUMPUR - Sesi libat urus bagi membincangkan penambahbaikan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) membabitkan...

Rempuh 7 Kenderaan: Pemandu Bas Direman 4 Hari

KUALA LUMPUR – Pemandu bas henti-henti milik RapidKL yang merempuh tujuh kenderaan di Ampang dekat sini, Khamis lepas ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah berkata pemandu berusia 32 tahun itu direman bermula hari ini sehingga Selasa depan.

Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, sebanyak tujuh kenderaan rosak teruk selepas dirempuh bas yang dipandu seorang lelaki yang disyaki cuba melarikan diri daripada satu kemalangan di hadapan Bangunan Risda di Jalan Ampang di sini.

Satu klip video berdurasi 1 minit 37 saat yang memaparkan kejadian berkenaan turut tular dalam media sosial.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim dilaporkan berkata hasil pemeriksaan awal mendapati pemandu berkenaan didapati positif dadah jenis Metamfetamin. – BERNAMA

Kategori