Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Wan Azizah Enggan Ulas...

SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah...

Ahli Perniagaan Maut, Kediaman...

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan jual beli hartanah bergelar Datuk meninggal dunia...

DBKL Lulus 276 Tapak...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meluluskan sebanyak 276 tapak bazar...

Kini Di Makkah, Zizan...

PELAWAK dan pelakon Zizan Razak sebelum ini pernah mengatakan bahawa dia mempunyai niat...

Renjer Perhilitan Ditemukan Selamat

KUANTAN – Renjer Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang dilaporkan hilang di hutan Taman Negara sejak 11 Ogos lepas, ditemukan selamat petang ini.

Menurut sumber, Tarmizi Ahmad Japli, 30, dijumpai pada sekitar pukul 4 petang tadi, dalam keadaan lemah dan keletihan, kira-kira lima kilometer daripada lokasi terakhir dia dilihat.

“Mangsa diberikan rawatan awal di kem pangkalan dan dijangkakan dibawa keluar daripada hutan dengan menaiki helikopter pada pagi esok untuk rawatan lanjut,” kata sumber ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau memberitahu berita penemuan mangsa hanya akan dimaklumkan pada sidang media esok, namun setakat ini masih tidak dapat memberikan dengan pasti di mana dan bila ia akan diadakan.

Tarmizi yang berkhidmat dengan Perhilitan Kelantan dilaporkan hilang pada 11 Ogos lepas, semasa mengumpulkan data Program Kaji Selidik Harimau Kebangsaan Kali Pertama di hutan berkenaan.


Mangsa difahamkan masuk ke hutan berkenaan pada 9 Ogos lepas bersama-sama enam lagi renjer melalui Felda Kechau 11 Kuala Lipis.

Kehilangan mangsa disedari rakannya selepas menyedari mangsa tidak berada di belakangnya semasa mereka dalam perjalanan pulang ke kem. – BERNAMA

Kategori