Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pekerja Penyelenggara Direman Kes...

TELUK INTAN - Seorang pekerja penyelenggara direman tujuh hari bermula hari ini bagi...

Artis Veteran Pukul Abang...

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan artis veteran yang didakwa memukul abang iparnya di...

Seorang Maut Letupan Bom...

BEBERAPA letupan bom tercetus di sebuah taman rekrasi di Utsunomiya, Jepun mengakibatkan seorang...

Kos Sara Hidup, Pemilikan...

KUALA LUMPUR - Isu kos sara hidup dan pemilikan rumah menjadi agenda utama...

Ribut Maria Di Puerto Rico Mengorbankan 2,975 Orang

PARAH… Kejadian Ribut Maria yang melanda Puerto Rico, Amerika Syarikat pada September 2017 lalu sebenarnya telah mengorbankan 2,975 nyawa.

Angka rasmi terbaharu itu adalah 50 kali ganda daripada jangkaan awal jumlah kematian iaitu hanya 64 orang.

“Saya melaporkan jumlah rasmi terkini mereka yang terkorban dalam bencana itu. Jumlah kematian 2,975 orang ini walaupun hanya satu jangkaan namun mempunyai bukti saintifik,” kata Gabenor Ricado Rossello dalam satu sidang akhbar.

Sejak Ribut Maria melanda, Puerto Rico memerlukan sejumlah AS$139 bilion (RM108 bilion) bagi kos membaiki infrastruktur yang rosak teruk.

White House dalam satu kenyataan berkata, Kerajaan Persekutuan menyokong segala usaha Gabenor Ricado Rossello untuk memastikan ketelusan penuh terhadap tanggungjawab dan jumlah mereka yang terkorban dalam bencana yang berlaku tahun lalu. – Agensi

Kategori