Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Video: Ngeri! Tali Permainan...

VIDEO ini memaparkan detik mengerikan apabila satu daripada tali permainan lasak dan ekstrem...

Anggota Tentera Terlibat IS...

KLUANG - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mengulangi pendirian...

Bersih 4: Tiada Tangkapan...

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang tangkapan dan insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang...

Remaja Lelaki Cedera Parah...

SEORANG remaja lelaki berusia 16 tahun cedera parah selepas ditikam seorang penyerang di...

Ringgit Dibuka Tidak Berubah Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR – Ringgit didagangkan tidak berubah berbanding dolar US daripada penutup semalam kerana pelabur sedang menunggu pengumuman pertumbuhan ekonomi negara untuk suku kedua oleh Bank Negara Malaysia.

Pada 9 pagi, ringgit didagangkan pada 4.1030/1070 berbanding dolar US.

Seorang peniaga berkata, pedagang juga tidak membuat urus niaga memandangkan Washington akan mengadakan semula perbincangan perdagangan dengan Beijing minggu depan.

“Selain itu, penularan krisis lira di Turki juga sudah reda,” katanya.

Sementara itu, ringgit susut berbanding beberapa mata wang.


Ringgit susut berbanding pound British kepada 5.2170/2229 daripada 5.2112/2179 pada Khamis dan rendah sedikit berbanding euro pada 4.6659/6717 daripada 4.6651/6705.

Ringgit meningkat sedikit berbanding yen kepada 3.7001/7043 daripada 3.7021/7067 semalam, tetapi susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9820/9856 daripada 2.9810/9856. – BERNAMA

Kategori