Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PH Anggap Bubar DUN...

KUALA LUMPUR : Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyifatkan pembubaran Dewan Undangan Negeri...

Percaya Hidup Semula, 3...

SEORANG lelaki di Kolkata, India mempercayai ibunya yang telah meninggal akan hidup semula...

Shuib Kongsi Berita Gembira,...

ALHAMDULILLAH.. semakin bahagia dan murah rezeki pelawak, Shuib Sepahtu dan juga isterinya yang...

Samantha Dinobatkan Miss Universe...

GADIS dari Kuala Lumpur, Samantha Katie James muncul dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2017. Samantha,...

RM1.8juta: Hantu Kak Limah Catat Rekod Berganda

KUALA LUMPUR – Naskhah francais terkini arahan Mamat Khalid, filem Hantu Kak Limah berjaya mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi filem tempatan pertama yang meraih kutipan tertinggi pada hari pertama tayangan.

Filem lakonan aktres Delimawati sebagai Kak Limah itu berjaya memperoleh kutipan sebanyak RM1.8 juta pada hari pembukaan semalam.

Malah Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan memberitahu, filem tersebut turut memperoleh kutipan berjumlah RM650,000 pada hari tayangan awal atau sneak preview kelmarin.

Filem kerjasama Astro Shaw dan Infinitus Gold itu ditayangkan di 133 pawagam seluruh Malaysia membariskan pelakon seperti Datuk Awie, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Sharwani dan TJ Isa.

Selain itu, filem tersebut turut menampilkan bintang undangan seperti Mus May, Jue Aziz, Erra Fazira dan Datuk Seri Vida. – UTUSAN ONLINE 


Kategori