Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Jangan Gusar Prestasi Akademik...

KUALA LUMPUR - Golongan ibu bapa diseru supaya tidak berasa gusar jika prestasi...

Kelantan Bergelut Atasi Persija...

KUALA LUMPUR ā€“ Kelab Liga Super, Kelantan terpaksa berhempas pulas sebelum mengatasi juara...

Ribut Petir, Hujan Di...

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di Pulau Pinang...

Henti Tunding Jari Kepada...

MALAYSIA membayar RM320,270,519.24 kepada Singapura sebagai pampasan pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi...

Rombakan MARA Jejas Bumiputera

URA-URA Majlis Amanah Rakyat (MARA) bakal dipecah ke beberapa kementerian mengikut konsep pengasingan dan penyerapan dikhuatiri beri impak negatif, terutama membabitkan Melayu dan Bumiputera.

Pengerusi Yayasan Kajian dan Pembangunan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (YKDP), Datuk Dr Syed Ali Alattas, berkata MARA adalah organisasi yang berjaya, tidak mempunyai hutang, malah turut menjadi model kepada negara membangun.

Justeru, pencapaian itu jelas membuktikan tidak perlu rombakan atau perubahan dilakukan kerana ia boleh diibaratkan seperti memotong ‘kaki dan tangan’ organisasi berkenaan.

Katanya, sepatutnya kerajaan memberi peruntukan lebih untuk meningkatkan lagi keupayaan MARA yang mana ia memberi hasil positif kepada pembangunan negara.

“Sepatutnya, MARA diletakkan semula di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan serta agensi lain yang ada kaitan dengan Bumiputera dan orang Melayu.

“Jika lebih serius untuk meneruskan agenda pembangunan Bumiputera, kita mahu MARA diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri,” katanya dalam satu sidang media, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Pengerusi YKPD, Datuk Seri Syed Hussein Al-Habshee.


Sebelum ini, desas desus menyatakan bahawa kerajaan berhasrat untuk merombak MARA dan diletakkan di bawah beberapa kementerian seperti Kementerian Luar Bandar, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Kementerian Pelajaran.

Katanya, biarpun hanya desas desus, pihaknya menentang sekerasnya usaha untuk pengasingan berkenaan.

“Memang kita belum menerima kenyataan rasmi namun kita tidak boleh berdiam diri dan menunggu sehingga khabar angin ini menjadi kenyataan.

“MARA tidak sepatutnya menjadi mangsa politik sebaliknya diberi kuasa untuk terus memainkan peranan dalam membantu masyarakat,” katanya. – BH Online

Kategori