Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Budak Perempuan Potong Rambut...

SEORANG budak perempuan yang baru berusia 9 tahun ini mendapati 'kekasihnya' telah kehilangan...

Apa Yang Terjadi Sekiranya...

BUAT anda yang mengikuti perkembangan arus jam pintar keluaran Apple, kami pasti anda...

Kod Penerbangan 8501 Bakal...

Akibat tragedi kehilangan pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 pada pagi Ahad, Air Asia...

Liza Abdullah Sangkal Laporan...

PETALING JAYA - Pelakon terkenal Liza Abdullah menyangkal laporan sebuah akhbar mingguan kononnya...

Rusia Adakan Latihan Perang Terbesar Sejak Perang Dingin

RUSIA akan mengadakan latihan ketenteraan melibatkan 300,000 anggota bulan depan, latihan terbesarnya sejak Perang Dingin.

Menteri Pertahanan Sergei Shoigu berkata unit-unit dari China dan Monglia akan mengambil bahagian dalam eksesais itu, di lapangan di tengah dan timur Rusia.

Beliau membandingkan latihan “Vostok-2018” ini dengan latihan era Soviet pada tahun 1981, yang melibatkan latihan pertempuran simulasi dengan NATO.

Latihan ini diadakan pada masa hubungan Rusia dengan NATO semakin tegang, terutama melibatkan kawasan panas Ukraine.

NATO telah meningkatkan kehadiran tentera di sebelah timur Eropah ekoran tindakan Rusia menakluk Crimea daripada Ukraine pada 2014, dan menyokong pemberontak pro-Rusia di timur Ukraine.

Ukraine dianggap kawasan di bawah pengaruh Rusia, dan kecenderungan kerajaan terbarunya kepada Barat mendorong tindakan keras Moscow.

Negara rebutan Rusia dengan Barat itu menyaksikan perebutan kuasa dan persaingan pengaruh antara Amerika Syarikat dan Eropah dengan Rusia, melibatkan sekutu dalaman masing-masing.


Menurut Shoigu, sebanyak 36,000 kereta kebal dan kenderaan perisai serta 1,000 buah pesawat akan terlibat dalam Vostok-2018 yang dijadual antara 11 hingga 15 September.

Merujuk kepada latihan Soviet pada tahun 1981, Shoigu berkata, “Dalam sudut tertentu ini ialah ulangan Zapad-81, tetapi dalam bentuk lebih besar.”

Jurucakap Kremlin Dimitry Peskov berkata latihan ini wajar memandangkan “situasi antarabangsa sekarang yang menampakkan sikap agresif dan bermusuh terhadap kami.”

Turut terlibat ialah tentera payung terjun dan tentera laut Armada Utara.

Jumlah tentera dan aset yang terlibat dalam Vostok-2018 menyamai pasukan yang digerakkan dalam salah satu pertempuran terbesar Perang Dunia ke-2. – Agensi/Mynewshub.tv

Kategori