Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pekerja Dobi Menerima Padah...

RIYADH - Seorang pekerja dobi tidak menyangka tindakannya mengambil selfie sambil berpakaian tentera...

Hospital Taiping Perlu Lebih...

TAIPING - Unit Tabung Darah Hospital Taiping merayu kerjasama orang ramai untuk menderma...

Belanjawan 2025: PM Tak...

Kuala Lumpur : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tidak menerima gaji...

Air Pasang: 3 Pusat...

ALOR SETAR - Tiga pusat pemindahan di daerah Kuala Muda yang ditutup petang...

Sambut Aidiladha Dengan Pengisian Bermanfaat – Wan Azizah

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru umat Islam di Malaysia menyambut Aidiladha dengan pengisian bermanfaat seperti menyambung silaturrahim dan persaudaraan serta meningkatkan kepedulian terhadap masyarakat setempat yang menjadi tanggungjawab bersama.

Beliau berkata Aidiladha menuntut umat Islam bermuhasabah terhadap peranan dan kepedulian sebagai seorang hamba, anggota masyarakat dan juga pemimpin.

“Masing-masing (perlu) berganding bahu untuk melaksanakan tanggungjawab selaras dengan posisi masing-masing. Penghayatan terhadap sejarah dan peristiwa Aidiladha mampu memandu dan memimpin hala tuju hidup seseorang individu dan kebangkitan sesebuah negara,” katanya dalam perutusan Aidiladha, hari ini.

Dr Wan Azizah turut menyeru umat Islam di negara ini memperbanyakkan sedekah kepada mereka yang memerlukan serta menjaga kesihatan terutama ketika menikmati hidangan yang lazat pada hari perayaan.

“Berpada-padalah dalam mengambil juadah serta berhati-hati di jalan raya. Kita mahu Aidiladha ini meninggalkan kenangan yang indah seiring ibadah.


“Jangan ia menjadi memori pahit yang menyayat hati,” katanya.- BERNAMA

Kategori