Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Lelaki Didakwa Di Mahkamah...

TAPAH - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tapah di sini kerana memberi...

Julian Tekad Mahirkan Teknik...

KUALA LUMPUR - Altet luncur ais negara, Julian Yee Zhi Jie tekad mahu...

Usaha Cari MH370 Tetap...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan usaha...

UMNO Tarik Sokongan Kepada...

KUALA LUMPUR - UMNO mengumumkan menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN)...

Sambutan Hari Kebangsaan: 498 Penerbangan KLIA Bakal Terjejas!

PUTRAJAYA – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengarahkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menutup ruang udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KLIA2 dan kawasan berhampiran dalam tempoh waktu tertentu bermula dari 27 hingga 31 Ogos 2018.

Arahan itu dikeluarkan bagi memberi laluan kepada raptai, latihan dan sambutan Hari Kebangsaan 2018 dan dijangka bakal menjejaskan sebanyak 498 penerbangan yang beroperasi di KLIA dan KLIA2 pada tarikh berkenaan.

“Perbarisan dan Perarakan sempena perayaan Hari Kebangsaan 2018 yang bakal diadakan di Putrajaya pada tahun ini sekali lagi menampilkan paparan terbang melibatkan pertunjukan udara oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan beberapa agensi penguatkuasaan lain.

“Oleh sebab kedudukan Putrajaya yang begitu hampir dengan KLIA dan KLIA2, CAAM telah diarahkan untuk menutup ruang udara di sekitar KLIA dan KLIA2 dan kawasan berhampiran dengannya dalam tempoh waktu tertentu.

“Penutupan sementara ruang udara KLIA dan KLIA2 adalah penting bagi memastikan kelancaran pelaksanaan flypast Hari Kebangsaan 2018 dan paling utama adalah untuk memastikan keselamatan ruang udara dan peramalan pergerakan pesawat berjadual di KLIA dan KLIA2,” kata Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan media hari ini.

Menteri Pengangkutan kerajaan PH ialah Anthony Loke Siew Fook, namun kenyataan rasmi itu tidak menggunakan nama beliau.

Menurut Kementerian Pengangkutan, CAAM telah mengeluarkan Notis kepada Anggota Penerbangan (NOTAM) untuk memaklumkan syarikat penerbangan yang beroperasi di KLIA dan KLIA2 berhubung penutupan ruang udara sementara itu.


Malah, kata Kementerian Pengangkutan, kemungkinan beberapa sekatan tambahan akan dikenakan kepada beberapa penerbangan yang tiba dan berlepas dari KLIA dan KLIA2 yang mungkin mengakibatkan penangguhan pesawat.

“Kementerian Pengangkutan dan CAAM mengingatkan syarikat penerbangan supaya mengemas kini maklumat penerbangan yang terjejas dan memaklumkan kepada para penumpang dengan terlebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

“MOT dan CAAM juga ingin menyeru orang ramai khususnya yang akan membuat perjalanan melalui udara pada tarikh-tarikh tersebut supaya mengambil maklum akan penutupan ini dan sentiasa berhubung dengan syarikat penerbangan dan operator lapangan terbang bagi mendapatkan maklumat dan jadual penerbangan yang terkini,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.TV

  • Lagi berita berkaitan:
  • KLIA

Kategori