Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Mohd Khairuddin Umum Letak...

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali...

6 Terbunuh, 3 Penyerang...

LONDON - Sembilan maut dalam serangan ganas termasuk tiga penyerang yang ditembak mati...

UMNO Dikecualikan: ‘Ahli Tak...

Keputusan memberi pengecualian kepada Umno mengikut Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832)...

Baik-Baik Saja, Sufian Nafi...

PELANTUN lagu Terakhir, Sufian Suhaimi menafikan dakwaan kononnya hubungan dengan tunang yang juga...

‘Sami LV’ Akhirnya Dapat Hukuman Dipenjara 114 Tahun!

BANGKOK – Seorang bekas sami Buddha Thailand yang cetus kemarahan umum kerana tunjuk gaya hidup mewah kepada umum telah dijatuhkan hukuman penjara 114 tahun oleh mahkamah pada Khamis, selepas mendapati dia bersalah dalam sindiket penipuan, pengubahan wang haram dan jenayah digital.

Reuters melaporkan, kegiatan Wirapol Sukphol pernah didedahkan pada tahun 2013, apabila dia dilihat dalam YouTube berada dalam sebuah jet peribadi dengan beg Louis Vuitton, memegang wang tunai yang banyak dan mengenakan cermin mata hitam berjenama mahal.

Dia telah terbang ke Amerika Syarikat dan kemudian kembali ke Thailand pada Julai 2017 selepas diekstradisi.

Wirapol, atau dikenali dengan nama Luang Pu Nenkham sewaktu di kuil, telah dibuang status sami pada 2013 selepas video itu ditularkan.

Dia dibuang dari status tersebut kerana didakwa melakukan kesalahan termasuk melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur.

Mahkamah jenayah di Bangkok telah menjatuhkan hukuman 114 tahun penjara kepada Wirapol, namun dia hanya menjalani hukuman 20 tahun kerana undang-undang Thailand menetapkannya sebagai tempoh maksimum bagi kesalahan sama yang dilakukan berulang.

“Dia terlibat dalam sindiket penipuan kerana mendakwa dirinya mempunyai kuasa istimewa yang berupaya menarik perhatian orang (pelaris) dan dia juga telah membeli banyak kereta mewah yang dilihat sebagai kesalahan pengubahan wang haram,” ujar pegawai dari Jabatan Guaman Khas.


Bagaimanapun, Wirapol dan peguamnya tidak dapat dihubungi untuk memberi ulasan.

Wirapol juga bakal berdepan dengan pendakwaan mencabul dan melarikan kanak-kanak pada Oktober nanti.

Skandal Wirapoltelah membuka pekung tentang penglibatan mereka yang menyalahgunakan identiti sebagai sami untuk melakukan pelbagai jenayah, sekali gus mencetus reformasi insitusi agama. – astroawani.com

Kategori