Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

APMM, Petronas Kerjasama Tingkat...

PULAU MANTANANI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan PETRONAS menganjurkan program kesedaran...

Daging Kerbau RM4.3 Juta...

BUTTERWORTH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 335 tan daging...

“Luka Lama Takkan Pudar,”...

KUALA LUMPUR - “Selagi ada kesan melecur pada tubuh Jannah, selama itulah saya...

Al-Sultan Abdullah Masih Jalani...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang...

Sampai Bila Pemimpin PH Mampu Berpura-Pura?

MENTERI-MENTERI Pakatan Harapan (PH) yang beragama Islam menghadapi dilema yang sukar sejak mula bertugas dalam kerajaan.

Menteri pendidikan terpaksa melayan kehendak Cina yang mahu sijil peperiksaan bersepadu (UEC) diiktiraf.

Menteri yang menjaga hal ehwal agama pula terpaksa menunjukkan sikap tegas terhadap LGBT, walaupun sebenarnya sikap ini bertentangan dengan agenda PH.

PH boleh mendakwa mereka tidak meminggirkan Islam, tetapi hakikatnya Islam tidak ada dalam agenda kerajaan PH.

Cakap-cakap tentang Islam oleh PH hanyalah untuk memujuk orang Islam dan sebagai lip service sahaja.

Kalau benar PH tidak menolak Islam, tidak akan berlaku apa yang sedang dirancang terhadap IKSIM dan Jakim.

Pemimpin-pemimpin Islam dalam PH tidak boleh mengambil mana yang mereka suka sahaja daripada agenda PH.

Mereka terpaksa menurut pelan induk PH yang ditentukan oleh DAP dan golongan liberal termasuk LGBT dalam PH.

Sekarang mereka masih cuba bermain selamat dengan cara berkompromi, seperti mengatakan UEC perlu dikaji dahulu, dan membuat keputusan mengarahkan potret LGBT diturunkan.

Tetapi lambat laun mereka akan terpaksa dan dipaksa menunjukkan kesetiaan mereka dan bertegas dengan satu pendirian.


Mereka masih berdolak-dalik, berhelah misalnya dengan mengatakan LGBT tidak diiktiraf, tetapi kita jangan diskriminasikan mereka.

Akhirnya mereka akan dipaksa menerima semua hak seperti yang dituntut LGBT termasuk perkahwinan sama jantina.

Parti paling dominan dalam PH, DAP didukung oleh golongan liberal yang menolak Malaysia seperti yang ada sekarang dengan segala ciri Islamnya.

Aktivis liberal yang menjadi penyokong dan malah ahli aktif PH bukan setakat tidak mesra Islam, malah kalau boleh mereka tidak mahu lagi kedudukan Islam seperti sekarang.

Golongan liberal dalam PH mahu Malaysia yang liberal dan tidak menjadikan Islam sebagai agama negara.

Pemimpin-pemimpin Islam dalam PH akhirnya nanti tidak boleh lagi menyetujui agenda liberal DAP tapi pada masa yang sama masih cuba menunjukkan imej sebagai pemimpin Islam yang baik.

Akhirnya, mereka akan dipaksa untuk masuk ke dalam agenda liberal PH sepenuhnya, bukan separuh-separuh. – Mynewshub.tv

Kategori