Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Polis Pulau Pinang Keluarkan...

Georgetown : Polis Pulau Pinang mengeluarkan hampir 10,000 saman kepada pemandu atas pelbagai...

Eira Syazira Selamat Lahir...

TAHNIAH diucapkan kepada selebriti, Azad Jasmin dan Eira Syazira yang telah selamat menimang...

Pencuri Kasut ‘Kantoi’ Sembunyi...

HASRAT seorang pencuri yang mahu larikan diri dengan helah sembunyi di dalam tandas...

China Berdepan Jepun Di...

ALOR SETAR - Biarpun tidak membariskan pemain utama, skuad China masih unggul apabila...

Saya Ditawar RM1.5 Juta Jika Mengaku Bunuh Kevin Morais

KUALA LUMPUR — “Saya ditawarkan wang RM1.5 juta jika mengaku bersalah membunuh Kevin Morais,”, dedah tertuduh ketujuh dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais di Mahkamah Tinggi, hari ini.

S. Ravi Chandaran, 47, mendakwa, dia ditawarkan wang itu pada 25 Dis 2017, oleh pakar patologi tentera, Kolonel Dr R. Kunaseegaran yang merupakan tertuduh pertama dalam kes itu.

“Beliau (Dr Kunaseegaran) beritahu yang beliau akan berikan wang RM1.5 juta. Kos sara hidup keluarga saya juga akan ditanggung oleh beliau,” katanya ketika pemeriksaan utama peguam V.Rajehgopal pada prosiding membela diri hari ke-21, di sini.

Tertuduh juga berkata, Dr Kunaseegaran juga memberitahu bahawa beliau akan melantik peguam lain untuk mewakilinya di Mahkamah Rayuan.

Terdahulu, Ravi Chandaran berkata dia ada bertanyakan Dr Kunaseegaran mengapa perlu dia mengaku bersalah dan menerima pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan sedangkan dia tidak terlibat dalam kes itu.

“Dr Kunaseegaran beritahu, dia tidak ada cara lain selain saya dan katanya, “disebabkan kamu tidak terlibat, kamu perlu mengaku salah dan kamu boleh keluar daripada kes ini,” katanya.


R. Dinishwaran, A.K Thinesh Kumar, M. Vishwanath; S. Nimalan, Ravi Chandaran dan Dr Kunaseegaran, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh Kevin Morais di dalam perjalanan dari Jalan Dutamas 1, Sentul ke No.1 Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya, antara jam 7 pagi dan 8 malam, 4 Sept 2015 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dinishwaran, 26, Thinesh Kumar, 25, Vishwanath; 28, Nimalan, 25, dan Ravi Chandaran, diwakili peguam Rajehgopal manakala Dr Kunaseegaran, 55, diwakili peguam Datuk N.Sivananthan dan pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 30 Ogos. – BERNAMA

Kategori