Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Budak Perempuan Warga China...

KUALA TERENGGANU - Kanak-kanak perempuan warga China berusia lima tahun yang dimasukkan ke...

Seorang Maut, Empat Cedera...

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja pembinaan warga Indonesia maut manakala empat lagi cedera...

Eina Azman, Rebecca ‘Berperang’...

KUALA LUMPUR - Kisah perbalahan dua selebriti, Datin Paduka Eina Azman dan Datin...

Mayat Wanita Bogel Dijumpai...

MAYAT seorang wanita ditemui dalam keadaan bogel di laluan pejalan kaki berdekatan kawasan...

‘Saya Mahu Pogba Keluar Dari Man United’

EJEN Paul Pogba sedang berusaha untuk membuat perjanjian buat bintang Manchester United itu meninggalkan Old Trafford demi Barcelona.

Mino Raiola mengadakan perbincangan terperinci dengan kelab Sepanyol itu berhubung perjanjian membabitkan pemain tengah itu, dua tahun selepas menyertai semula Manchester United dari Juventus.

Pogba kembali untuk latihan pra-musim pada Isnin selepas memenangi Piala Dunia bersama Perancis, dan sumber terdekat dengannya mengatakan dia terbuka untuk berhijrah.

Manchester United pada Isnin malam menegaskan bahawa Pogba bukan untuk dijual dan mereka dipercayai menolak tawaran pembukaan dari Barcelona sebanyak ÂŁ44.6 juta ditambah dua pemain, Yerry Mina dan Andre Gomes.

Nampaknya tidak dapat dibayangkan Manchester United untuk melepaskan pemain handalan mereka, dan kem Pogba terpaksa mengakui sukar untuk menyelesaikan kesepakatan sebelum jendela perpindahan ditutup. – Mail Online UK/mStar Online

Kategori