Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Azraai Khor Tekad Pulih...

JURULATIH baharu Kelantan Mohd Azraai Khor Abdullah berazam untuk mengembalikan semula prestasi pasukan...

Bergurau Kata Lemaskan Dua...

HOUSTON - Seorang wanita membunuh dua anaknya yang masing-masing berusia lima dan tujuh...

Stoking Tertera Kalimah ALLAH:...

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa pihak berkuasa...

89,474 Kes Demam Denggi,...

PUTRAJAYA – Sebanyak 89,474 kes demam denggi direkodkan sejak Januari hingga 30 September...

Sebuah Sekolah Rendah Ditutup Banjir Di Miri

MIRI – Sebuah sekolah rendah ditutup manakala sebuah rumah panjang dinaiki air setinggi satu meter akibat banjir setelah hujan lebat turun sejak 2 pagi ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Bomba Miri Law Poh Kiong berkata laporan awal setakat 9 pagi ini mendapati Sekolah Kebangsaan (SK) Lepong Ajai di daerah Bakong ditutup setelah paras air mencecah 1.5 meter manakala Rumah Panjang Lepong Ajai turut terjejas apabila ruang tamu serta dapur dimasuki air.

“Satu kejadian tanah runtuh turut dilaporkan setakat ini iaitu di Batu 6 Jalan Miri-Bintulu,” katanya di sini hari ini sambil menambah banjir kilat turut melanda beberapa perkampungan serta taman perumahan di bandar raya ini.

Katanya setakat ini kawasan terjejas banjir kilat ialah perumahan Taman Tunku, Kampung Pujut Padang Kerbau dan Kem PLKN Sungai Rait.

Beliau berkata pasukan bomba dan penyelamat kini sedang meronda serta memantau tahap keselamatan di kawasan rendah. – BERNAMA

Kategori