Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Gaduh Di Puchong Kerana...

SEPANG - Pergaduhan yang berlaku di sebuah bengkel di Taman Putra Perdana, Puchong...

Suami Sabit Kepala Isteri...

INDIA – Seorang suami memotong kepala isterinya dengan sabit kerana marah wanita itu...

Lelaki Tangan Kudung &...

GEORGE TOWN - Seorang lelaki yang kudung tangan kanannya dan seorang jurujual didakwa...

Pengurusan Sumber Perlu Efektif,...

SANDAKAN - Iklim dunia yang sentiasa berubah memerlukan pengurusan sumber termasuk tanah dan...

Sentimen Politik Sempit Rosakkan Semangat Merdeka

GOLONGAN Pakatan Harapan (PH) dan penyokong mereka begitu gembira hendak merayakan kemerdekaan pada tahun ini.

Kegembiraan ini bukan kerana hendak meraikan kemerdekaan seperti yang termaktub dalam sejarah kolektif negara kita, tetapi kerana sentimen politik kepartian dan kelompok mereka.

Hari kemerdekaan pada 31 Ogos nanti ditunggu-tunggu kerana kali ini merupakan kali pertama mereka dapat merasakan hari merdeka di bawah kerajaan PH.

Perdana menteri dan menteri-menteri daripada kalangan pemimpin-pemimpin PH yang selama ini mungkin tidak berapa berminat menyambut kemerdekaan.

Dulu semasa di bawah perdana menteri keempat, ramai pengikut pembangkang enggan menyambut kemerdekaan, malah kurang berminat mengibarkan Jalur Gemilang.

Ini disebabkan sentimen pada masa itu yang mengaitkan negara dengan parti yang memerintah sebagai satu pihak yang sama.

Pemikiran ini masih kuat dalam PH sendiri, dan inilah yang menyebabkan mereka suka menyambut kemerdekaan kali ini.

Sebelum ini, pemimpin parti PH semasa masih menjadi pembangkang telah dengan biadab mencadangkan Jalur Gemilang diubah.

Inilah pemikiran yang dimaksudkan itu, pemikiran yang memandang semua yang berkaitan dengan Malaysia sebagai buruk kerana mereka tidak memerintah Malaysia.

Sekarang berminat pula untuk mengangkat bendera Malaysia kerana mereka sekarang sudah menjadi kerajaan.


Malah, tema dan falsafah merdeka sendiri mereka tafsir sendiri hingga mengaitkannya dengan kebebasan seperti yang mereka anuti itu.

Mereka berasa selama ini terjajah dan kemerdekaan kali ini ialah “kemerdekaan sebenar” daripada kerajaan sebelum ini yang mereka dakwa menjajah mereka.

Kita sendiri sudah saksikan keghairahan mereka hendak “mengharapankan” Malaysia seolah-olah negara ini kini hak milik mereka.

Malangnya kemerdekaan sebenar yang sebahagian daripada mereka mahukan ialah kebebasan yang tiada batas agama dan adab.

Mereka sudahpun menunjukkan kecenderungan mereka untuk mengemukakan dan mengangkat “sejarah alternatif” sebagai lawan kepada sejarah yang diterima umum.

Perjuangan komunis antara yang telah lama mereka perjuangkan untuk diangkat sebagai satu kisah perjuangan rakyat Malaysia.

Akhirnya, makna kemerdekaan seperti yang kita fahami dan hayati selama ini dipertikai dan dipinggir.

Inilah akibatnya apabila golongan yang rakus berpolitik mendapat kuasa pada masa nafsu politik mereka tidak terkawal. – Mynewshub.tv

Kategori