Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Namewee Biadab Lagi, Seks...

TIDAK SERIK... Selepas pernah menggemparkan negara dengan klip video biadab Oh My God pada...

Tiga Exco Negeri Selangor...

Tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor daripada PAS dikhabarkan akan dipanggil...

Jawatankuasa Fatwa Terengganu: Vaksin...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu memutuskan bahawa umat Islam di negeri itu...

Sindiket Perjudian Online Global...

GEORGE TOWN - Polis berjaya menumpaskan satu sindiket perjudian dalam talian antarabangsa yang...

Serena Dedah Alami Tekanan

LOS ANGELES – Serena Williams berkata dia bergelut dengan ‘emosi selepas bersalin’ bagi meneruskan kehidupan sebagai ibu dan pemain tenis yang memegang gelaran juara Grand Slam sebanyak 23 kali.

Pemain berusia 36 tahun dari Amerika Syarikat itu cuba mendapatkan semula rentak selepas terlepas peluang beraksi sebahagian besar kejohanan WTA musim lalu kerana hamil.

“Saya membaca beberapa artikel yang mengatakan emosi selepas bersalin memerlukan tempoh tiga tahun jika tidak ditangani,” kata Serena.

Bintang tenis itu membuat pendedahan seminggu selepas dia mengalami kekalahan paling teruk dalam kariernya di San Jose apabila tewas mengejut 6-1, 6-0 pada pusingan pertama kepada pemain bukan pilihan Johanna Konta.

Semalam, Serena menyifatkan fikirnya pada ketika itu berada dalam keadaan yang ‘teruk.’

“Minggu lalu tidak mudah untuk saya. Bukan saja sukar menyesuaikan diri dengan barangan peribadi tapi saya juga berasa takut dengan diri sendiri. Saya berasa seperti saya bukan seorang ibu yang baik,” katanya.

Serana berkata untuk mengatasi permasalahan yang timbul, dia berkongsi perasaannya dengan keluarga dan rakan.


“Saya bercakap banyak perkara dengan ibu, kakak dan kawan membuatkan saya berasa perasaan saya adalah normal. Ia adalah sesuatu yang normal jika saya rasa tidak melakukan sesuatu yang cukup untuk anak saya.

“Sama ada tinggal di rumah atau bekerja, dapat mengimbangkan anak dan kerjaya adalah seni yang sebenar,” katanya.

Penganjur Sabtu lalu memaklumkan Serena menarik diri daripada menyertai WTA Montreal kerana ‘masalah peribadi.’

Serena yang berusaha untuk mendapatkan kembali rentak selepas melahirkan anak perempuan, Olympia menerusi pembedahan September lalu mara ke final Wimbledon tetapi tewas kepada pemain Jerman Angelique Kerber. – AFP

Kategori