Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Awie Temui Barang Khurafat,...

Dalam prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan hari ini (Selasa), satu dakwaan...

Pendapat Pembangkang Rebut Jawatan...

ARAU - Pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mengenai pemimpin pembangkang...

Parti Politik Sekarang Makin...

KUALA LUMPUR – Parti politik kini diakui lebih banyak dicemari masalah rasuah kerana...

Pendaftaran PH Masih Tak...

PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) hari ini mengesahkan bahawa pendaftaran Pakatan...

Seri Setia: Halimah Sangkal Dakwaan PAS Ektremis

PETALING JAYA – Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Dr Halimah Ali menyangkal dakwaan mengatakan parti yang diwakilinya bersifat ektremis dan mementingkan kaum Melayu.

Beliau berkata dakwaan itu merupakan satu tuduhan tidak berasas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan memberi jaminan bahawa PAS merupakan parti untuk semua kaum.

“PAS memberi perhatian khusus dan layanan adil kepada semua kaum termasuk (kaum) India dan Cina di kawasan ini (Seri Setia) kerana itu sudah termaktub dalam perlembagaan PAS,” katanya semasa sidang media selepas beramah mesra bersama media di Pusat Media PRK DUN Seri Setia, di sini hari ini.

Katanya, pengalaman menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang selama sedekad membuktikan bahawa beliau adalah calon terbaik untuk berkhidmat untuk semua kaum di kawasan DUN Seri Setia.

“Semasa saya menjadi ADUN Selat Klang, saya akan turun padang walaupun tiada isu, antaranya di Pulau Ketam yang hampir 99.9 peratus penduduknya adalah kaum Cina.


“Justeru, tiada masalah untuk saya berkhidmat secara adil dan saksama kepada semua kaum di kawasan ini. Jadi jangan takut dan bimbang kerana PAS bukan ekstremis, PAS sebenarnya menentang ekstremisme,” katanya. – BERNAMA

Kategori