Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Hina OKU, NGO Bantah...

PERTUBUHAN bukan kerajaan (NGO) Hear Me membantah tayangan filem arahan Mohd. Khairul Azri...

Angka Korban Koronavirus Cecah...

BEIJING - Angka kematian akibat koronavirus di China melonjak kepada 1,110 di seluruh...

Nik Nazmi Ingatkan Azmin...

KUALA LUMPUR - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad mengingatkan...

Harry Styles, Liam Payne...

PENGUNDURAN Zayn Malik daripada kumpulan One Direction semalam telah memberi impak besar kepada peminat-peminat...

Setiausaha Kerja PPBM Kangar Maut Kemalangan

KANGAR – Setiausaha Kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Kangar, Muhammad Nabil Kamal Baharin maut apabila motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Jalan Kangar-Arau, hari ini.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Nanda Maarof berkata kejadian berlaku kira-kira 3.30 petang semasa Muhammad Nabil, 27, dalam perjalanan ke Kangar.

Katanya ​​​​siasatan awal mendapati ​​​Muhammad Nabil yang berada di lorong kiri tiba-tiba mengubah haluan memasuki lorong kanan menyebabkan sebuah kereta yang berada di lorong berkenaan tidak sempat mengelak lalu merempuh motosikalnya.

“Akibat perlanggaran itu, motosikal mangsa terseret ke kiri jalan dan melanggar bahagian belakang sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan,” katanya semasa dihubungi.

Nanda berkata Muhammad Nabil meninggal dunia di tempat kejadian. Jenazah Allahyarham dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah di sini untuk bedah siasat. – BERNAMA

Kategori