Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Najib Buat Lawatan Mengejut...

SERDANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membuat lawatan...

Bekas Konsul Dijel Bunuh...

AIX-EN-PROVENCE - Mahkamah Perancis menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap bekas konsul kehormat...

Banjir: Patuhi Arahan Berpindah...

MARANG - Penduduk tinggal di kawasan berisiko banjir diingatkan agar tidak berdegil dengan...

ECRL Mungkin Diteruskan, Tetapi...

KUALA LUMPUR: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang digantung pembinaannya pada Julai...

Setuju Kecuali Gantung Lesen AP Sisa Plastik FTZ Serta Merta

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersetuju untuk mengecualikan penggantungan lesen permit import (AP) sisa plastik HS Code 3915 bagi pengimportan dari kawasan zon perdagangan bebas (FTZ) dan kilang berstatus Gudang Pengilangan Berlesen (LMW) yang menggunakan ‘virgin raisin’ sebagai bahan mentah, berkuatkuasa serta merta.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata keputusan itu dicapai selepas mengambil kira justifikasi permohonan rayuan, situasi dan kedudukan semasa pihak industri di FTZ dan kilang berstatus LMW di Malaysia serta sisa plastik yang dijana adalah daripada sektor industri tempatan.

Beliau berkata pihaknya mengambil perhatian perkara berkenaan telah menjejaskan operasi kilang berkenaan dari sudut urusan penstoran sisa yang sangat terhad sehingga menyebabkan berlakunya lambakan sisa plastik di kawasan kilang.

“Maklum balas daripada pihak industri di FTZ dan kilang berstatus LMW bahawa penggantungan AP itu menyebabkan mereka tidak dapat mengeluar dan melupus sisa plastik yang dihasilkan dari proses pengeluaran produk mereka di kilang.

“Yang mana sisa dijana adalah bersifat homogenous dan bukan dari kategori sisa berjadual,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Sebelum ini, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) (Pindaan) 2017 menetapkan bahawa pengimportan sisa plastik HS Code 3915 ke Malaysia perlu mendapatkan AP daripada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) termasuklah pergerakan sisa plastik dari kawasan FTZ dan kilang berstatus LMW yang menggunakan ‘virgin raisin’ sebagai bahan mentah bagi menghasilkan produk plastik.

Susulan penggantungan AP sisa plastik HS 3915 pada 23 Julai lepas, Zuraida berkata kementeriannya telah menerima permohonan rayuan daripada syarikat pengimport termasuklah permohonan pengecualian bagi aktiviti pengimportan dari FTZ dan kilang LMW yang terletak di dalam negara ini. – BERNAMA

Kategori