Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Tiada Rakyat Malaysia Insiden...

KUALA LUMPUR - Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam insiden rempuhan van berdekatan Masjid...

Rakyat Terus Minta Luluskan...

KUALA LUMPUR – Ruangan komen pada sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini...

Pekerja Diberhenti Tidak Ikut...

ALOR SETAR - Pekerja yang diberhentikan tanpa syarat pemberhentian kerja digesa melaporkan perkara...

Panel Tunggu Keputusan Anwar...

PUTRAJAYA - Panel yang merawat Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menunggu keputusan sama...

Siapa Punca Perpecahan Orang Melayu?

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad mencapai kejayaan luar biasa kerana kembali sebagai Perdana Menteri pada akhir usia tanpa dicaci, malah dipuji dan ditaati oleh mereka yang pernah membenci dan menentangnya satu ketika dulu.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa, ada satu perkara yang Mahathir gagal dalam hidupnya iaitu menyatupadukan orang Melayu, malah menjadi punca kepada perpecahan bangsa itu sejak sekian lama.

“Ada satu perkara yang Tun gagal segagal gagalnya iaitu menyatupadukan Melayu yang sebahagian besarnya berpecah kerana dipecahkan oleh beliau sendiri.

“PKR (Parti Keadilan Rakyat), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Semangat 46 (S46) adalah antara bibit perpecahan Melayu berpunca dari perebutan kuasa melibatkan Tun,” dakwanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Annuar seterusnya mendakwa, Mahathir menjadi orang paling berjaya sama ada dalam aspek pencapaian kepimpinan peribadi,Kekayaan Keluarga atau pencapaian kehendak peribadi dan kroninya.


Namun, katanya, Mahathir pasti akan mengambil masa yang agak lama antara dua hingga empat tahun untuk menjayakan agendanya, maka agenda reformasi pasti diminta bersabar dahulu.

“Cuma bersama kejayaan peribadinya itu, umat Islam terpaksa membayar dengan harga yang cukup mahal, melainkan unfinished business iaitu memperkasakan agenda perpaduan Melayu, ummah dapat beliau lakukan dalam masa terdekat,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Kategori