Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Manchester City Mahu Jalin...

KUALA LUMPUR - Kelab gergasi bola sepak England, Manchester City menyatakan hasrat untuk...

2 Lelaki Ditahan Terlibat...

MELAKA - Dua lelaki ditahan kerana terlibat dalam sindiket pemalsuan dan penjualan lebih...

2 Syarikat Bayar Pampasan...

NANJING - Dua syarikat di timur China diperintahkan membayar 130,000 yuan (RM82,000) sebagai...

Tok Mat Tolak Tawaran...

SHAH ALAM - Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan menolak tawaran pelantikan untuk menerajui...

Siapa Wakil Masyarakat India Muslim Dalam PH?

KUALA LUMPUR – Parti Tindakan Hak Minoriti (Mira) kurang senang dengan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) kerana meminta kerajaan Pakatan Harapan (PH) melantik Senator dalam kalangan masyarakat India Muslim.

Ketua Pemuda Jawatankuasa Perhubungan Mira Wilayah Persekutuan, Mohd. Zulkifli Abdul Fattah berkata, Mira adalah wakil sebenar masyarakat India Muslim, malah merupakan rakan strategik rasmi kerajan PH.

Manakala, katanya, pihak yang membuat permintaan itu kepada kerajaan PH (IRIMM) adalah bekas penyokong Barisan Nasional (BN) yang menukar sokongan kepada PH selepas BN tewas dalam PRU-14.

“Kami berharap semua pihak sedar bahawa wakil sebenar masyarakat India Muslim di Malaysia adalah Mira dan merupakan rakan strategik kerajaan PH. Kami lebih berhak menyuarakan suara masyarakat India Muslim di Malaysia.

“Kami telah melantik ramai India Muslim memegang jawatan penting dalam parti,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Media baru-baru ini melaporkan Ketua Irimm, Amir Amsaa Alla Pitchay yang juga Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) mengumumkan sokongan keatas kerajaan PH dan meminta Senator dilantik dalam kalangan masyarakat India Muslim.

Kimma yang merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) sebelum PRU-14 merupakan penyokong kuat kerajaan BN, malah pernah memohon menjadi parti komponen BN atau parti gabungan dengan UMNO.

Sehubungan itu, Mohd. Zulkifli dalam kenyataan sama seterusnya meminta kerajaan PH melantik Senator daripada parti bagi mewakili masyarakat India Muslim Malaysia. – Mynewshub.tv

Kategori