Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Kes Pertama Virus Zika...

MOSCOW - Sebuah agensi pemantau perlindungan pengguna, Rospotrebnadzor mengesahkan kes pertama virus Zika...

Aweta Anjur Larian, Kumpul...

SHAH ALAM – Ekspedisi eksklusif wanita ke Antartika - ‘All Women Expedition to...

Warga Nepal Didakwa Bunuh...

TELUK INTAN - Seorang pekerja kilang kelapa sawit warga Nepal dihadapkan ke Mahkamah...

PRU-14: Calon BN Semua...

RASMI... Senarai calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri...

Singapura Catat Pelbagai Kejayaan Dalam Tempoh 53 Tahun

SINGAPURA – Singapura berjaya mencatat pelbagai kejayaan dalam tempoh 53 tahun sahaja, yang menyaksikan rakyatnya menikmati mutu kehidupan yang baik, malah lebih baik berbanding negara lain di dunia, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong menerusi Amanat Hari Kebangsaan beliau pada Rabu.

Singapura akan menyambut Hari Kebangsaan pada Khamis, 9 Ogos.

“Hari ini, Singapura adalah sebuah bandar yang bertenaga dan berkembang maju. Beberapa tahun kebelakangan ini, ekonomi kita terus berkembang dan mencatat pertumbuhan sekitar 3 hingga 3.5 peratus. Daya penghasilan semakin baik dan gaji pekerja terus meningkat.”

Bagaimanapun, Lee mengingatkan rakyat Singapura bahawa mereka berdepan “keadaan yang tidak menentu,” merujuk ketegangan yang berlaku dalam kalangan kuasa ekonomi dunia.

Sepanjang tahun lalu, Lee berkata ketegangan hubungan dagangan antara ekonomi-ekonomi besar semakin meruncing.

“Ini menjejaskan dagangan, pelaburan dan keyakinan syarikat-syarikat antarabangsa. Pertumbuhan dan kemakmuran Singapura turut terjejas. Pertikaian dagangan akan mengikis kepercayaan antara kuasa-kuasa besar dan menghambat kerjasama dalam isu-isu penting yang lain. Ini membawa risiko kepada keselamatan serantau dan antarabangsa,” katanya.

Antara isu tersebut ialah keadaan di Semenanjung Korea, kata Lee.

Beliau berkata meskipun republik itu berjaya menjadi tuan rumah bagi sidang puncak antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dua bulan lalu, yang telah meredakan ketegangan di Semenanjung Korea, masih banyak cabaran perlu diatasi sebelum pembasmian senjata nuklear dan keamanan di semenanjung tersebut dapat dicapai.


Di rantau ini pula, ASEAN membawa kestabilan dalam dunia yang tidak menentu, kata Lee.

Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, beliau berkata Singapura berhasrat memperkukuh kerjasama dengan rakan-rakan ASEAN, terutama dua jiran terdekatnya, Malaysia dan Indonesia.

“Kini, Malaysia dipimpin sebuah kerajaan baru susulan pilihan raya umumnya pada Mei lalu. Kita akan terus berusaha untuk mempererat hubungan baik dengan Malaysia atas dasar saling memanfaatkan dan saling menghormati.

“Indonesia pula akan mengadakan pilihan raya Presiden tahun depan. Kita akan terus berganding bahu dengan Indonesia demi meningkatkan kerjasama erat dalam pelbagai bidang,” kata Lee.

Perdana menteri itu berkata kerajaan Singapura akan terus memantau rapat perkembangan luar ini. – BERNAMA

Kategori