Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Parlimen Australia Tarik Balik...

CANBERRA - Parlimen Australia hari ini menarik balik larangan menutup muka, termasuk burqa...

India, ASEAN Mahu Tingkat...

NEW DELHI - India dan negara-negara di rantau Asia Tenggara meningkatkan usaha membentuk...

Mati Kebuluran Selepas Jalani...

Southampton – Seorang wanita meninggal dunia akibat kebuluran selepas tiga tahun menjalani pembedahan...

Isteri Bekas Pegawai Bank...

NEW YORK: Isteri bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng, menjadi individu penting...

Sistem E-Charting Permudah Isu Pemilikan Tanah Di Negeri Selangor

KUALA LUMPUR – Selangor hari ini memperkenalkan sistem E-Charting bagi memudahkan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) menyelesaikan isu pertindihan pemilikan tanah di negeri itu selaras dasar-dasar ‘Smart Selangor’.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya berkata sistem tersebut bertujuan memudahkan carian maklumat lot tanah bagi kakitangan di kaunter, sekali gus memenuhi tahap kepuasan dan kehendak pelanggan.

“Antara masalah yang dihadapi adalah pengurusan rekod tanah adakalanya sudah ketinggalan dan masih bergantung kepada pelan-pelan lama. Sistem E-Charting membolehkan permohonan tanah dan pelan dapat disimpan secara digital serta boleh dicapai daripada satu sumber yang sama dan dipercayai kesahihannya.

“Saya percaya bahawa inisiatif ini akan memberi manfaat besar dan dapat meningkatkan kecekapan pengurusan maklumat tanah di negeri Selangor,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Sistem E-Charting Negeri Selangor di Dewan Pejabat Tanah Daerah (PTD) Gombak, di sini hari ini.

PTD Gombak dijadikan perintis bagi pembangunan sistem tersebut bermula pada Oktober 2015 dan digunakan secara rasmi bermula 1 April 2016.


Sementara itu, Pengarah Tanah Galian Selangor Datuk Zulkefli Khalid berkata Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) telah memperluaskan sistem itu di seluruh Selangor secara berfasa bermula 2017.

E-Charting merupakan satu aplikasi berasaskan teknologi web dan desktop Sistem Maklumat Geografi (GIS) bagi memudahkan penyediaan pelan, laporan, pengemaskinian dan penyimpanan data dalam bentuk geospatial secara bersepadu. – BERNAMA

Kategori