Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Zizan Razak Jelaskan Fotografi...

PETALING JAYA - Pelawak Zizan Razak mengambil pendekatan untuk tidak mengulas berhubung dakwaan...

Pentadbiran Kerajaan Perak Berada...

KUALA KANGSAR - Pentadbiran kerajaan negeri Perak berada di landasan yang betul berikutan...

Malaysia Berupaya Cipta Kereta...

KUALA LUMPUR - Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof optimis Malaysia...

Diaz Bakal Berhijrah Ke...

KUALA LUMPUR - Pemain import pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Jorge Pereyra Diaz...

Siti Kassim Boleh, Program Islam Tak Boleh?

PENGUASAAN golongan berpemikiran liberal dalam kerajaan baharu semakin jelas apabila sebuah program mempromosikan seminar tentang ancaman liberalisme dibatalkan tiba-tiba.

Dilaporkan hari ini RTM membatalkan program bicara sempena Seminar Bahaya Islam Liberal anjuran kerajaan Kelantan, yang akan berlangsung pada 1 September ini.

Pengarah seminar Datuk Johari Mat berkata program untuk menguar-uarkan seminar itu sepatutnya diadakan awal pagi tadi di RTM Kelantan, Kota Bharu tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir.

Seminar Bahaya Islam Liberal dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama agensi kerajaan pusat di Kelantan dan badan-badan bukan kerajaan, bertempat di Pusat Dagangan Kelantan, Kota Bharu.

Seminar itu bakal menghimpunkan tiga kertas kerja bertajuk “Bahaya Pemikiran Islam Liberal”, “LGBT dan Feminisme” dan “Bahaya Pluralisme Dalam Islam”.

Semua tajuk dibentangkan dalam seminar ini berkenaan isu-isu yang semakin berleluasa sejak Pakatan Harapan berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Menteri ditugaskan menjaga agama tempoh hari mencetuskan kontroversi apabila berkata tugas menjaga agama melibatkan semua agama, sedangkan sebagai agama negara, agama dimaksudkan hanyalah agama Islam seperti yang sudah termaktub dalam perlembagaan.

Menteri yang sama juga dalam ucapan semasa ibadat haji mengaitkan perhimpunan orang Islam semasa mengerjakan haji sebagai satu perhimpunan kemanusiaan, sedangkan ia merupakan satu ibadah berdasarkan ajaran agama dan terkait dengan akidah.


Kenyataan ini berdasarkan pada pemahaman pluralisme agama yang mahu menyamakan semua agama, lalu menjadikan Islam bukan agama yang benar tetapi agama lain juga boleh dianggap benar.

Kalau kita masih ingat pada bulan Jun lalu, tindakan Bernama membatalkan program wawancara dengan aktivis anti-Islam Siti Kassim ditegur oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Tegas beliau dalam teguran yang segera dikeluarkan selepas diketahui wawancara itu dibatalkan, Bernama perlu mengeluarkan kenyataan segera berhubung perkara itu.

“Bernama perlu mengeluarkan satu kenyataan segera memberikan penjelasan berkenaan perkara ini dengan alasan kenapa temubual itu dibatalkan,” kata Gobind menerusi Twitternya.

Bermacam-macam alasan boleh diberikan oleh kerajaan apabila isu ini dipersoalkan, seperti isu teknikal, kesesuaian, kos dan sebagainya.

Tetapi sepatutnya semua sudah sedar bahawa inilah realiti di bawah kerajaan PH yang akan terus berlaku dan dilaksanakan, sesuai dengan pemikiran yang dipegang oleh pemimpin-pemimpin berpengaruh dalam PH. – Mynewshub.tv

Kategori