Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Johor Sedia Peruntukan Hampir...

JOHOR BAHARU - Kerajaan Johor memperuntukkan hampir RM1` juta tahun ini kepada 133...

Malaysia Perlu Hasilkan Ciptaan...

CYBERJAYA- Malaysia perlu menghasilkan ciptaan baharu bagi pengurusan sisa buangan yang boleh menjana...

Prosiding Komital Terhadap Lokman...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 17 April untuk mendengar prosiding...

Polis Rampas Dadah RM47.2...

KUCHING: Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM47.2 juta dalam beberapa serbuan dilakukan...

Skuad Berbasikal Trek Lakar Rekod Baharu ASIAD

JAKARTA – Skuad berbasikal trek negara mempamerkan kayuhan cemerlang selepas melakar rekod baharu Sukan Asia pada pusingan kelayakan acara pecut berpasukan lelaki di Velodrom Antarabangsa Jakarta, di sini, hari ini.

Trio negara diketuai pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016, Mohd Azizulhasni Awang bersama Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis melakar masa 43.934 saat, sekaligus memadam rekod terdahulu iaitu 44.406 saat yang dicipta pasukan China pada edisi 2010 di Guangzhou, China.

Pasukan China menduduki tangga kedua dengan catatan 43.996 saat, manakala Korea Selatan berada di tangga ketiga selepas melakar 44.224 saat. – BERNAMA​​​​​​

Kategori