Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Peruntukan RM100 Juta Pakaian...

MELAKA - Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan membelanjakan RM100 juta daripada peruntukan Bajet...

Siapa Benarkan Aidil, Iyad...

KUALA LUMPUR - Pihak penganjur Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak 2019 dipersoal...

AstraZeneca Kurangkan 80 Peratus...

LONDON - Data daripada pemberian vaksin AstraZeneca untuk dos pertama menunjukkan risiko kematian...

Mangsa Janji Harapan Palsu...

PARA pekerja MMC-Gamuda yang masa depan mereka tidak menentu sekarang ini bukan satu-satunya...

Skuad Skuasy Wanita Mampu Peroleh Keputusan Positif

JAKARTA – Ratu skuasy Malaysia Datuk Nicol David yakin pasukan wanita negara mampu mendapatkan satu keputusan positif dalam acara berpasukan pada Sukan Asia Jakarta-Palembang yang bermula Isnin ini.

Beliau berkata skuad itu yang terdiri daripada pemain handalan negara, Juara Kebangsaan 2018 S.Sivasangari juga pemain dari Pulau Pinang Low Wee Wern yang memperoleh tiga kejuaraan berturut-turut dalam Kejohanan Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA) selepas berehat panjang selama 20 bulan kerana kecederaan lutut yang serius.

“Kami mempunyai satu pasukan yang sangat kuat dengan banyak pemain muda. Mereka mempamerkan persembahan yang baik dalam Jelajah PSA dan mengasak pemain terkemuka sehingga ke tahap maksimum,” katanya kepada media Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, juara empat kali Sukan Asia itu, menempat slot ke separuh akhir dalam acara perseorangan wanita dengan menumpaskan pilihan kelompok ke-5/ke-8, Satomi Watanabe dari Jepun, 11-6, 11-4 dan 11-3 dalam perlawanan suku akhir di arena skuasy Gelora Bung Karno

Nicol akan bertemu sama ada pilihan kelompok ke-3/ke-4 , HA Dipika Pallikal dari India atau pilihan kelompok ke-5/ke-8, Misaki Kobayashi dari Jepun dalam pertemuan separuh akhir, esok.


Pada masa yang sama, beliau yang berasal dari Pulau Pinang berkata Sukan Asia amat bermakna buat dirinya dan pemain lain kerana mereka bertarung dalam pentas terbesar Asia untuk kegemilangan.

“Bagi pemain skuasy di Asia , kami mendapat banyak sokongan daripada badan sukan kebangsaan masing-masing untuk memburu pingat Sukan Asia, dan kini kami sudah ada hampir kesemua yang layak ke separuh akhir dalam ranking 10 pemain teratas dunia,” kata Nicol. – BERNAMA

Kategori