Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Koleksi Gambar Selebriti Malaysia...

KENING memainkan peranan tersendiri dalam penampilan seseorang individu itu.Pernah bayangkan tak, kalau tiba-tiba...

Penjual Telefon Didakwa Urus...

KUALA LUMPUR - Seorang penjual telefon mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di...

3,303 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Kes jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan jumlah tertinggi apabila 3,309 kes...

Selangor Boleh Menjadi Pengeluar...

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor dicadang supaya dapat mempertimbangkan untuk melaksanakan penanaman ganja...

Speaker DUN Perak Kena Tegur Sebab Terlalu Berlembut!

IPOH – Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Aulong Nga Kor Ming menegur sikap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk Ngeh Koo Ham (gambar) yang disifatkannya terlalu berlembut mengendalikan persidangan DUN.

Nga yang juga timbalan speaker Dewan Rakyat mendakwa budi bicara Ngeh telah disalahgunakan atau dieksploitasi oleh pembangkang sehingga mengambil masa selama satu jam untuk menjawab satu soalan pada sesi soal-jawab.

“Saya perhatikan 40 minit sesi soal jawab hanya jawab satu soalan sahaja, ini menunjukkan pembangkang tidak menepati janji mereka untuk menjadi pembangkang yang konstruktif.

“Jangan terlalu ‘bermurah hati’. Saya tahu beliau (Ngeh) berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi semua permintaan tidak munasabah dibuat pembangkang,” katanya dalam sidang media di luar Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Perak yang ke-14 di sini, Selasa.

Beliau berkata setiap Adun perlu mematuhi semua Perintah Tetap DUN Perak Darul Ridzuan.

“Kita yang bergelar Yang Berhormat jaga tingkah laku mesti tahap seperti Yang Berhormat. Jangan lupa rakyat hari ini boleh pilih kamu, esok rakyat boleh tolak kamu?” katanya.


Dalam pada itu, Nga turut menzahirkan rasa kecewa dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilaporkan menolak tawaran menjadi pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang disifatkan satu jawatan berprestij.

“Ia (jawatan pengerusi PAC) memainkan peranan penting untuk semak dan imbang, tetapi terpulang kepada rakyat membuat penilaian kenapa ketua pembangkang tidak berani ambil peluang memikul jawatan berkenaan,” katanya.

Sebuah portal berita melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong berkata Ahmad Zahid menolak jawatan itu antara lain kerana beliau bekas menteri Kabinet sebelum mencadangkan bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee sebagai calon tunggal pembangkang untuk jawatan itu. – BERNAMA

Kategori