Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mastura Mampu Sambung Legasi...

KUALA LUMPUR - Pemilihan Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon Barisan Nasional (BN)...

Anak Beranak Maut Kereta...

JOHOR BAHRU – Seorang ibu dan anak perempuannya berusia dua tahun maut manakala...

Mahkamah Perancis Putuskan ‘Partial...

PETALING JAYA : Mahkamah Perancis akan memutuskan esok sama ada sebahagian penganugerahan dituntut...

Stres Punca Lebih Ramai...

KUALA LUMPUR – Depresi atau kemurungan akan menjadi penyakit kesihatan mental utama dialami...

SPRM Nafi Akan Dirombak

PUTRAJAYA -Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan sebuah akhbar tempatan kononnya suruhanjaya itu akan dirombak melibatkan pertukaran beberapa pegawai kanan di bahagian siasatan dan perisikan ke agensi lain.

Dalam kenyataan hari ini SPRM menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

“Laporan berkenaan dianggap sebagai tidak bertanggungjawab kerana tiada punca yang sahih serta dipercayai hanya berdasarkan maklumat yang ditularkan dan sekadar untuk mensensasikan berita,” katanya.

Jelas SPRM laporan itu boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan pegawai-pegawai SPRM serta berkemungkinan diputar belit sekali gus mencemarkan imej SPRM dan menimbulkan keraguan masyarakat.

“Sehubungan itu, SPRM memohon agar pihak media mendapatkan maklumat sahih terlebih dahulu daripada SPRM sebelum melaporkan berita kepada umum.

“Tindakan melaporkan berita yang tidak bertanggungjawab boleh menyebabkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat dan agensi-agensi terlibat,” katanya. – BERNAMA

Kategori