Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Anak Billionair Beli Lapan...

SUNGGUH beruntung anjing ini. Dia bukan sahaja disayangi oleh tuannya malah anjing ini,...

Jaga Telur Pun Susah...

PERSOALAN mengenai tempat terbaik untuk menyimpan telur sering menjadi debat namun pakar akhirnya...

SEGERA: Khalid Nak Letak...

Hasrat Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk meletakan jawatan sebagai...

One Direction Bakal Buat...

SIAPA sahaja yang tidak mengenali kumpulan penyanyi lelaki atau boyband dari United Kingdom...

SPRM Tahan 4 Individu Beri Rasuah Kepada Pegawai Sesco

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak menahan empat individu termasuk dua wanita kerana disyaki memberi rasuah kepada pegawai Perbadanan Bekalan Elektrik Sarawak (Sesco) sejak tahun lalu bernilai lebih RM27,000.

Menurut sumber, kesemua suspek yang berusia antara 37 dan 41 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang hingga 5.40 petang di Pejabat SPRM Miri dan Sibu, Sarawak ketika hadir untuk memberi keterangan.

“Mereka ditahan kerana disyaki memberi wang rasuah secara bulanan kepada pegawai Sesco bagi melindungi kegiatan mengubah jumlah bayaran bil elektrik serta membuat penyambungan elektrik secara haram.

“Dua suspek merupakan ‘runner’ bagi beberapa premis di sekitar bandar raya Miri dan Sibu bagi menjalankan kegiatan tersebut,” katanya.

Jelas sumber, SPRM turut menggeledah rumah suspek di sekitar Miri, Sarawak dan menemukan lebih 90 unit meter elektrik; 600 lebih unit ‘meter front cover’; 590 unit ‘meter base’ yang diubah suai dengan nilai mencecah ratusan ribu ringgit.


Ujarnya, SPRM turut menemukan lebih 100 bil elektrik pelanggan yang dipercayai telah diubah jumlah bayarannya.

Tambah sumber, kegiatan tersebut dipercayai telah berleluasa di sekitar Miri dan Sibu sejak tahun lalu dan kesemua suspek dipercayai telah mengurangkan bil elektrik sehingga 75 peratus daripada jumlah bayaran asal.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Razim Mohd. Noor ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kesemua suspek yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE

Kategori