Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Aktiviti Pengusahasilan Hutan, Angkut...

KUANTAN - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) mengesahkan telah mengeluarkan arahan supaya memberhentikan...

Polis Cari Pemandu Toyota...

ISKANDAR PUTERI : Polis sedang mengesan pemandu kenderaan jenis Toyota C-HR berwarna merah...

Kawasan Tadahan Gunung Pulai...

KULAI - Kes kencing tikus yang dilaporkan berlaku di kawasan Gunung Pulai baru-baru...

Lelaki Tunjuk Kemaluan Ditahan...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki tempatan yang dipercayai berkelakuan tidak senonoh terhadap seorang...

SST Bakal Lonjak Harga Barang – Najib

NAIK… Rakyat miskin bakal dibebankan dengan kenaikan berganda harga barangan apabila Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mula dilaksanakan secara rasmi pada 1 September ini.

Datuk Seri Najib Razak berkata, ada beberapa barangan yang dikenakan cukai jualan sebanyak 10 peratus dan turut disertai dengan cukai perkhidmatan enam peratus, menyebabkan kesan rantaian kenaikan harga kepada rakyat.

“Ada sesetengah barang kesannya berganda, itu maknanya 10 peratus bagi barangan, tapi servis, contoh khidmat lori juga dikenakan enam peratus, akhirnya rakyat akan tanggung kenaikan yang agak besar kesannya.

“Tayar pula jika sebiji kira-kira RM400 hingga RM500, kalau 10 peratus (cukai jualan) dah RM50, pasang pula kena enam peratus (cukai perkhidmatan), kalau empat biji tayar berapa,” jelas Najib ketika ditemui pemberita.

Bekas perdana menteri dan menteri kewangan itu berkata demikian selepas Majlis Tahlil dan Solat Hajat Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Negara Ke-61 di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara, semalam.

Turut hadir, Presiden Pemantau Malaysia Baharu yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dan Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Mohd Zahid Mahmood.

Najib berkata, kejatuhan nilai mata wang ringgit sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) ambil alih pentadbiran juga akan memberi impak besar kepada peningkatan harga barang kerana komponennya berasal dari luar negara.


“Mata wang kita sekarang dah RM4.13, sebelum pilihan raya RM3.85. Ada orang kata kalau Najib ada, nilai ringgit akan jatuh tapi sekarang Najib tak ada? Itu masing-masing jawablah,” katanya dalam nada sinis.

Pada 20 Ogos lalu, Dewan Negara lulus semua Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan SST merangkumi RUU Cukai Jualan 2018, RUU Cukai Perkhidmatan 2018, RUU Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) (Pemansuhan) 2018.

Juga RUU Kastam (Pindaan) 2018 dan RUU Zon Bebas (Pindaan) 2018. RUU SST 2018 yang menggantikan Akta GST diluluskan tanpa pindaan menerusi undi sebulat suara. – Agensi/Mynewshub.TV

  • Lagi berita berkaitan:
  • SST

Kategori