Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Semak Status Rakan Di...

SAN FRANCISCO - Facebook melancarkan satu ciri yang membolehkan pengguna tahu rakan mereka...

Jepun Singkir Atlet Langgan...

JAKARTA - Jepun menghantar pulang empat pemain bola keranjang daripada Sukan Asia Jakarta-Palembang...

Ibu & Anak Maut...

SRI AMAN - Seorang wanita dan anak perempuannya berusia tiga tahun maut dalam...

Sabah Sedia Beri Tanah...

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri Sabah sentiasa bersedia memberi tanah bagi menyokong Program...

Suami Isteri Didakwa Menyebabkan Bayi Termakan Dadah

AYER KEROH – Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan penganiayaan menyebabkan bayi perempuan mereka berusia 11 bulan termakan dadah.

Muhammad Hafiz Rasip, 29, dan isteri, Nur Khalimah Fatihah Mohd Affandi, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan secara berasingan terhadap mereka di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, suami isteri berkenaan masing-masing didakwa menganiayai dari segi fizikal menyebabkan bayi perempuan mereka itu termakan dadah.

Pasangan terbabit didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Semabok, kira-kira jam 7.30 malam 11 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sekiranya sabit kesalahan, tertuduh juga boleh ditambah hukuman menyempurnakan bon dengan penjamin untuk berkelakuan baik selama tempoh dan syarat ditetapkan mahkamah, selain menjalani khidmat masyarakat.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Shazreen Nadia Saaban tidak mencadangkan jaminan ke atas tertuduh dengan mengambil kira risiko pengabaian dan penganiayaan terhadap mangsa.

Bagaimanapun, peguam bela Fariz Aziz yang mewakili tertuduh, merayu jaminan rendah dikenakan dengan alasan anak guamnya bekerja sebagai pembantu warung dan tiada pendapatan tetap.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh, dan menetapkan 3 Oktober depan untuk sebutan semula kes. – BH Online

Kategori