Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Peniaga Runcit Ditahan Jual...

JOHOR BAHRU - Seorang peniaga kedai runcit berusia 35 tahun ditahan kerana didapati...

RM13.25 Juta Untuk Penempatan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan memperuntukkan sebanyak RM13.25 juta bagi tujuan penempatan semula...

Pengundi Bukan Islam Tidak...

SABAK BERNAM - Pengundi bukan Islam di kawasan Parlimen Sungai Besar telah dinasihatkan...

Pekerja MBPP Cuba Bakar...

GEORGE TOWN – Seorang pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengaku tidak bersalah...

Suara Mirip Anwar 
Kritik Dr. M, Azmin Tular

KUALA LUMPUR – Tular menerusi aplikasi WhatsApp hari ini, rakaman suara mirip Ke­tua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalan Presi­den PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menerusi tiga rakaman suara yang berdurasi lapan dan sembi­lan saat itu, turut didengari pengakuan untuk Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bertanding menentang Mohamed Azmin untuk jawatan Timbalan Presi­den PKR dalam pemilihan parti itu.

“Sebab itu saya suruh Rafizi lawan Azmin, sebab Azmin dah jadi barua kepada Mahathir, pa­sal apa?

“Dia (Mahathir) lantik diri dia jadi Pengerusi Khazanah, apa ni? Rakyat rugi, MAS rugi, Kha­zanah rugi. Dulu dia tuduh saya liwat, dia jangan lupa apa jadi dengan kes forex dia, RM30 bilion,” menurut rakaman suara tersebut.

Rafizi baru-baru ini mengesahkan akan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden pa­da pemilihan PKR bulan ini.

Baru-baru ini juga, Jabatan Per­dana Menteri menamakan Dr. Mahathir sebagai Pengerusi Nasional Berhad (Khazanah) sementara Mohamed Azmin, Tan Sri Mohd. Hassan Marican, Dr. Sukhdave Singh dan Goh Ching Yin sebagai pengarah.


Walau bagaimanapun, Penga­rah Komunikasi PKR, Fahmi Fad­­zil menafikan rakaman ter­se­but sebagai suara Anwar dan menyifatkannya sebagai usaha menyemai syak wasangka da­lam kalangan ahli parti.

“Saya sudah meneliti rakaman tersebut dan dapati ada ele­men-elemen yang mencu­ri­­gakan seperti cara menyebut perkataan yang lain daripada cara sebutan biasa Anwar. Ini menunjukkan ia bahan palsu yang dijaja dan disebar untuk me­rosakkan ukhuwah dan menyemai syak wasangka dalam kalangan ahli-ahli PKR,” jelas beliau.

Menurut Fahmi, semakin hampir dengan pemilihan parti, maka sudah pasti lebih banyak bahan palsu yang akan disebar. – UTUSAN ONLINE

Kategori